Trend peralihan undi, gelombang hijau semakin ‘mengendur’ kelebihan PH kembali tawan Sungai Bakap

Penganalisis berpendapat PH wajar beri perhatian kepada undi anak muda, susulan keputusan di PRK KKB menyaksikan undi golongan itu sedikit menyebelahi PN

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Peralihan undi awal dan Melayu bakal membuka semula peluang kepada Pakatan Harapan (PH), merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Bakap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu nanti.

Bercakap kepada Scoop, penganalisis politik, Profesor Madya Mazlan Ali berkata, situasi itu juga menunjukkan faktor gelombang hijau semakin ‘mengendur’ dan ia dibuktikan pada PRK Kuala Kubu Baharu, bulan lalu.

Katanya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang lepas, PH tewas kepada PAS dengan majoriti lebih 1,500 disebabkan faktor gelombang hijau.

Profesor Madya Mazlan Ali berkata, jika ada swing undi Melayu dan undi awal, PH ada peluang untuk merampas kembali Sungai Bakap daripada Perikatan Nasional – Gambar media sosial, 2 Jun, 2024

“Kali ini, keadaan mungkin berbeza, (kerana) jika dilihat keputusan PRK Kuala Kubu Baru, ada swing (peralihan) undi Melayu dan undi awal kepada PH, selain faktor kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin Malaysia.

“Mungkin pengaruh dan trend peralihan sama dibawa dari KKB ke Sungai Bakap, malah di Sungai Bakap 40 peratus adalah pengundi bukan Melayu yang mana majoritinya akan berpihak kepada PH.

“Jika ada swing undi Melayu dan undi awal, PH ada peluang untuk merampas kembali Sungai Bakap daripada Perikatan Nasional,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, PH wajar memberi perhatian untuk memenangi undi anak muda, susulan keputusan di PRK KKB menyaksikan undi golongan itu sedikit menyebelahi Perikatan Nasional (PN).

“Undi anak muda juga perlu diberi perhatian oleh PH, ia kerana akhir-akhir ini, pengundi muda condong kepada PN, itu juga yang dapat kita lihat hasil analisis di PRK KKB,” katanya.

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan pula berkata, undi pengundi Melayu dan golongan muda akan menjadi penentu PRK Sungai Bakap.

Profesor Madya Azmi Hassan pula berkata, undi pengundi Melayu dan golongan muda akan menjadi penentu PRK Sungai Bakap – Gambar Bernama, 2 Jun, 2024

“Kalau kita lihat di (PRK) KKB terdapat sedikit peningkatan terhadap pengundi Melayu yang menyokong PH hasil usaha Umno dan jenteranya turun padang.

“Kalau kita lihat dari segi demografinya, 60 peratus pengundi Melayu (kira-kira 23, 230 orang daripada jumlah keseluruhan pengundi iaitu seramai 39,187 orang) di Sungai Bakap, dengan kebanyakannya adalah veteran berusia 40 tahun ke atas.

“Jadi ini kuncinya, kejayaan PH di Sungai Bakap nanti bergantung kepada kemampuan Umno menarik simpati pengundi Melayu di situ,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, sentimen gelombang hijau semakin terhakis berikutan kecenderungan banyak pihak terhadap Kerajaan Perpaduan.

Mujibu Abd Muis berkata, sentimen gelombang hijau semakin terhakis berikutan kecenderungan banyak pihak terhadap Kerajaan Perpaduan – Gambar Facebook Mujibu Abd Muis, 2 Jun, 2024

“Dalam hal ini, terdapat dua faktor yang akan memberi kemenangan, iaitu faktor berapa banyak peratusan keluar mengundi, jika tinggi peratusannya, calon Kerajaan Perpaduan akan menang.

“Satu lagi faktor adalah berapa ramai pengundi putih akan keluar. Ini kerana pengundi putih itu yang menjadi gerakan akar umbi, sekali gus boleh memenangkan calon bertanding,” katanya.

Sejarah persaingan di pilihan raya Sungai Bakap menyaksikan pada awalnya, ia dimenangi MCA yang ketika itu bersama Barisan Nasional (BN) apabila kali pertama kerusi berkenaan dipertandingkan pada 1959.

Bagaimanapun, ia bertukar tangan beberapa kali antara parti berasingan, antaranya Gerakan yang memenangi kawasan tersebut bermula pada 1971 dan menguasainya sembilan penggal hingga 2004.

Namun, penguasaan itu mula berubah selepas ia beralih kepada Umno (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11) pada 2004.

Selepas tamat satu penggal, kerusi berkenaan kemudian bertukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU-12, dengan parti terbabit kekal memenanginya hingga PRU-14.

Pada PRN lalu, Nor Zamri Latiff yang juga ketua PAS Nibong Tebal, menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Zamri meninggal dunia pada 24 Mei lalu kerana mengalami keradangan perut dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dijadual bermesyuarat 6 Jun ini, bagi penentuan tarikh penamaan calon serta pengundian.

Parlimen Nibong Tebal meliputi DUN Nibong Sungai Bakap, Jawi dan Sungai Acheh.

Berdasarkan rekod SPR untuk PRN 2023, DUN Sungai Bakap mempunyai 38,409 pemilih dengan 59.36 peratus (Melayu), 22.54 peratus (Cina), 17.39 peratus (India) dan 0.71 peratus lain-lain. – 2 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related