Netizen geram cara jawab peniaga: KKM akan siasat kes rendam sotong guna ‘tong sampah’

Peniaga berkenaan memberikan maklum balas video seolah-olah sarkastik, malah mengatakan tidak kisah jika tindakannya itu dianggap tidak bersih

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan berhubung aduan diterima pihaknya mengenai tindakan seorang peniaga, menggunakan ‘tong sampah’ untuk merendam sotong sebelum dimasak dan dijual.

Malah, KKM menyatakan penghargaan kerana melaporkan perkara itu kepada pihaknya untuk membolehkan ia disiasat.

“Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan,” katanya menerusi platform X dengan turut berkongsi hantaran pengadu mengenai kes itu.

Aduan itu dikemuka seorang individu menerusi platform X yang membuat pautan ke akaun KKM.

“Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapan sebab ramai yang buat macam tu, so tak jadi masalah.

“Agak geram juga lah dengan jawapan dia, especially dalam bab penyediaan makanan macam ni. Boleh dah jalankan tugas @KKMPutrajaya,” katanya sambil membuat pautan ke akaun X KKM.

Menerusi aduan sama, dia turut berkongsi soalan dikemukakan seorang pengguna media sosial terbabit berhubung tindakan menggunakan ‘tong sampah’ untuk merendam bahan makanan.

Perkongsian itu menerima pelbagai respons daripada netizen yang memberikan komen dan pandangan masing-masing, dengan rata-rata mengkritik cara lelaki terbabit- Tangkapan layar, 2 Jun, 2024

“Kenapa guna tong sampah bang bukan nak tuduh kotor, tapi tak ada alternatif lain ke?” tanya individu berkenaan.

Peniaga berkenaan kemudian memberikan maklum balas menerusi video dengan ‘jawapan selamba’ dan seolah-olah sarkastik, termasuk menganggap ramai menggunakan ‘tong sampah’ untuk kegunaan lain dan tidak kisah jika tindakannya merendam sotong itu dianggap tidak bersih.

“Ya bang oh saya rendam sotong pakai tong sampah eh, saya pun tak tahu lah itu tong sampah sebab tak ada tulis kan, saya main beli je dekat kedai ‘tupperware’.

“Kedai ‘tupperware’ pun tak pesan dengan saya pulak tu tong sampah, saya pakai je lah, sebab ramai yang lain pun pakai juga tong tu isi air untuk mandi apa semua kan.

“Bagi saya tak ada masalah kot, kalau rasa benda tu kotor lah, tak hygiene (bersih) tak apa lah, awak je kot yang anggap macam tu, sebab tong tu bukan saya isi sampah apa kan, macam-macam lah sekarang ni,” komennya.

Manakala, perkongsian itu menerima pelbagai respons daripada netizen yang memberikan komen dan pandangan masing-masing, dengan rata-rata mengkritik cara lelaki terbabit.

“Berlagak betul cara jawab. Aku nak tengok lepas ni, sampai mana kau boleh berlagak. Tu KKM dah noticed dah tu. Just enjoy the show la ya,” kata seorang netizen.

Segelintir netizen berpendapat bahawa peniaga yang bertindak seperti itu, sepatutnya diboikot bagi memberi pengajaran – Tangkapan layar, 2 Jun, 2024

“Dulu pernah beli tong ni dekat asrama buat simpan air kalau tak ada. Itu pun bila mandi still ada bau plastic,” tulis @cutiecasper18.

“Tengok tong tu, dinding berdaki macam tu. Hilang selera,” komen @Nazlimohd23.

“Bukan tu je. Sebelah tong tu ada water scraper (penarik air). Makanan letak bersebelahan dengan alatan cucian lantai. Elok sangat lah tu,” ujar netizen lain.

“Dia punya jawapan tu. Perghhh selamber je,” kata @mylifemylife.

“Berlagak betul jawapan dia ya, kursus pengendalian makanan pergi ke tak tu? Ke sekadar ada suntikan typhoid je, orang tegur untuk kebaikan tapi tu lah kalau dah bodoh sombong tak ke mana lah perginya,” respon @Aajieyah.

“Nampak sangat tak pernah pergi kursus latihan pengendali makanan. Bukankah KKM dah wajibkan benda (kursus) ni kepada semua peniaga yang mengendalikan makanan?” soal @blushpinkpeonyy.

Segelintir netizen berpendapat bahawa peniaga yang bertindak seperti itu, sepatutnya diboikot bagi memberi pengajaran.

“Peniaga loyar burok macam ni elok diboikot saja,” kata @PgjSyafiq.

“Orang mcm ni nak ajar senang je, boikot dua tiga minggu, biar sotong rendam sampai lembik tak ada orang beli, tengok macam dah bertaubat baru beli balik,” ujar @tiniiiieieie.

“Mohon habaq (beritahu) kedai kat mana? Agar tak payah pi (pergi),” tanya @cipanjiwang.

Manakala, ada netizen berpandangan peniaga seharusnya memahami dan menitikberatkan pengguna peralatan atau bekas plastik, bagi memastikan hanya barangan itu, yang diperbuat daripada bahan gred tinggi, digunakan untuk proses penyediaan serta meletak makanan.

“Ni jadi masalah bila penjaja kita hanya ‘street smart’. Jika anda juga ‘academic smart’, sudah tentu anda belajar dan tahu plastik gred makanan lain, plastik gred makanan yang boleh kekal lengai walau makanan tu panas lain, plastik untuk simpan benda bukan makanan gred lain,” kata Bilal Zainal.

Ada netizen berpandangan peniaga seharusnya memahami dan menitikberatkan pengguna peralatan atau bekas plastik, terutamanya yang diperbuat daripada bahan gred tinggi yang sesuai digunakan untuk proses penyediaan serta meletak makanan – Tangkapan layar, 2 Jun, 2024

“Sebab tu education (pendidikan) itu penting, kalau belajar sains dan sebagainya ada penerangan kesan-kesan langsung dan tak langsung penggunaan plastik dalam penyediaan makanan,” tegas @aswadmanap.

“Auto tak halal macam ni. Dari penyediaan penuh ‘chemical’. Tau-tau orang ramai dapat kanser,” kata @RezElefun. – 2 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related