Enam pasukan perubatan Mercy Malaysia dibawa keluar dari Rafah, Gaza

Keenam-enam mereka telah dibawa keluar dari zon konflik secara berperingkat bersama dengan petugas antarabangsa yang lain

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam orang anggota Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia yang sebelum ini dilaporkan terperangkap di Rafah, Gaza telah berjaya dibawa keluar.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri melalui kenyataan media hari ini.

Menurut kementerian tersebut, keenam-enam mereka telah dibawa keluar dari zon konflik secara berperingkat bersama dengan petugas antarabangsa yang lain.

“Sebahagian ahli EMT ini telah dibawa keluar, masing-masing pada 23, 24 dan 28 Mei lalu. Kumpulan terakhir yang terdiri daripada dua orang ahli EMT dibawa keluar semalam.

“Kementerian Luar Negeri merakamkan penghargaan kepada semua rakan antarabangsa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan keselamatan petugas warga Malaysia tersebut sehingga mereka berjaya dipindahkan keluar dari zon konflik,” katanya.

Kementerian Luar Negeri turut mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tidak melakukan sebarang perjalanan ke mana-mana zon konflik.

Pada 14 Mei lalu Scoop melaporkan, enam pakar perubatan Mercy Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan di Gaza kini dilaporkan terperangkap dekat Rafah susulan serangan demi serangan dilancarkan rejim Zionis.

Salah seorang daripadanya, Dr Hanif Ahmad Mazlan yang juga pakar bedah am, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu berkongsi cerita mengenai keadaan di sana dalam rakaman video yang dikongsi oleh penyanyi rap dan usahawan, Caprice di laman Instagram.

Mercy Malaysia memberitahu, antara perkhidmatan lain yang disediakan dalam misi kemanusiaan itu adalah pembangunan dan pengoperasian Medical Point di Kem Al-Mawasi untuk menampung keperluan kesihatan asas penduduk Gaza yang tinggal di kem pelarian. – 1 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related