RCI Batu Puteh: Dr Mahathir persoal kenapa tidak boleh jawab tuduhan secara terbuka

Tun Mahathir berkata, ia termasuk tuduhan yang dibuat oleh ahli jemaah Menteri sekarang yang antara lain beliau membuat keputusan secara sembunyi dan sendirian

6:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenapa jawapan dan penerangan beliau di dalam suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan perlu dibuat secara tertutup.

Dr Mahathir berkata, sedangkan sebelum ini pelbagai tohmahan dan tuduhan dituju kepadanya secara terbuka dan mendapat laporan media secara meluas.

Jelasnya, ia termasuk tuduhan yang dibuat oleh ahli jemaah Menteri sekarang yang antara lain beliau membuat keputusan secara sembunyi dan sendirian.

“Hari ini saya menerima satu sapina (subpoena) untuk menghadirkan diri memberi keterangan ke RCI berkaitan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 12 Jun 2024.

“Saya akan hadir kerana diarahkan untuk berbuat demikian dan sebelum ini saya sendiri meminta untuk hadir di sepanjang prosiding ini apabila ia bermula pada 21 Mei 2024,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 1 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan di Dewan Negara bahawa ada ‘individu’ membuat keputusan sembunyi-sembunyi menyebabkan negara kehilangan Batu Puteh.

“Peguam Negara cuti empat hari ‘garden leave’- dipaksa cuti, tiada ada siapa yang tahu, keputusan dibuat sembunyi-sembunyi menyebabkan kita hilang Batu Puteh dalam proses rayuan antarabangsa dan tidak seorang pun menggembar-gemburkan isu ini dan mengaitkan dengan soal kehilangan kedaulatan,’’ katanya ketika itu.

Pada 24 Januari lalu, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan RCI bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan untuk menyerahkan kedaulatan ke atas Batu Puteh atau Pedra Branca kepada Singapura, sementara Batuan Tengah atau Middle Rocks, batuan yang terletak kira-kira satu kilometer dari Batu Puteh menjadi milik Malaysia.

ICJ bagaimanapun tidak membuat keputusan mengenai kedaulatan ke atas Tubir Selatan (South Ledge). Mahkamah itu memutuskan Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Pada 2 Februari 2017, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan ICJ pada 2008 itu.

Bagaimanapun pada Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Dr Mahathir menarik balik permohonan semakan itu, dua minggu sebelum kes dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018 di ICJ.

Dr Mahathir dalam pada itu berkata, berasaskan peruntukan undang-undang di dalam Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), ia mewajibkan beliau atau peguamnya hadir sepanjang prosiding itu berjalan sehingga selesai. – 31 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related