Kolumnis Malaysiakini masih dirawat di PPUM, belum sesuai dirakam keterangan

Polis sudah merakam keterangan 65 individu termasuk dua individu daripada Malaysiakini

5:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kolumnis Malaysiakini, Andrew Sia masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan belum sesuai untuk dirakam keterangan bagi siasatan terhadap penulisan artikelnya yang didakwa melabelkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Akademi Aparteid.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, walau bagaimanapun polis sudah merakam keterangan 65 individu termasuk dua individu daripada Malaysiakini.

“Keadaan (Andrew Sia) belum sesuai untuk dirakam keterangan.

“Kita sudah merakam keterangan daripada 65 individu iaitu 63 individu yang membuat laporan polis di seluruh kontinjen polis dan dua individu daripada Malaysiakini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, setakat ini polis sudah menerima 63 laporan berkaitan penulisan artikel berkenaan.

Baru-baru ini beliau memberitahu, semakan awal polis mendapati artikel itu dimuat naik pada 22 Mei 2024, kira-kira jam 10.30 pagi di ruangan komen portal Malaysiakini.

“Semakan mendapati isu ini timbul susulan daripada Kempen#MahasiswaUiTMBantah yang diadakan pelajar UiTM Shah Alam pada 14 hingga 15 Mei 2024.

“Profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan dipohon bagi mendapatkan butiran penulis (Andrew Sia) untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes itu diklasifikasi di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Penulisan Sia bertajuk ‘Our apartheid academy, UiTM’ yang turut mempersoalkan adakah UiTM harus dinamakan semula sebagai ‘Universiti Tempat Melayu’ itu mencetuskan ketidakpuasan hati ramai, termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Menegaskan bahawa aparteid dikatakan sebagai dasar segregasi kaum yang begitu zalim, iaitu memuliakan kaum orang putih berbanding kulit hitam di Afrika Selatan, Dr Akmal kemudian mendesak Malaysiakini menurunkan artikel itu segera, manakala Sia membuat permohonan maaf. – 31 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related