Tiada kompromi! KPM siasat dakwaan murid ‘dijemur’ hingga diserang strok haba: Fadhlina

Fadhlina berkata, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan laporan siasatan pihak berkuasa

5:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Perkara ini dalam pengawasan rapi kami dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan sewajarnya.”

Itu janji Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung perkembangan kes seorang murid tahun lima diserang strok haba, selepas didakwa ‘dijemur’ guru di padang ketika terik matahari.

Beliau berkata, KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak bertanggungjawab dalam sebarang salah laku yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan warga sekolah.

“Perkara ini dalam pengawasan rapi kami. Kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan laporan siasatan pihak berkuasa.

“KPM tidak berkompromi dengan sebarang salah laku yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah

“Justeru, pihak sekolah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan pengurusan pelajar semasa yang berkuat kuasa,” katanya hari ini.

Terdahulu, seorang wanita dikenali AD Mogahana Selvi membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati selepas anaknya didenda guru sebuah sekolah di Ampang, Selangor dengan dipaksa berdiri di kawasan padang ketika cuaca panas selama lebih dua jam.

Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa, pada 30 April lalu kira-kira jam 1.20 petang, anak lelakinya yang berusia 11 tahun mengadu didenda sedemikian dan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat berdepan masalah kesihatan.

Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati, mangsa mengalami ‘heat exhaustion’.

Difahamkan, Hospital Ampang mengeluarkan surat rujukan untuk anaknya dinilai sebagai orang kurang upaya (OKU) akibat masalah kesihatan dialami.

Malah, kanak-kanak terbabit dikatakan kini mempunyai masalah kesihatan berkaitan saraf dipercayai akibat strok haba kesan berjemur itu.

Dia juga dilaporkan ibunya tidak berkelakuan seperti biasa serta banyak menyorok dan bercakap seorang diri.

Susulan masalah dialaminya itu, keluarga kanak-kanak terbabit akan memfailkan saman sivil.

Manakala, menerusi laporan Scoop pada 25 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan mengenai kes terbabit.

Katanya, kertas siasatan mengenai kes itu sudah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian lanjut. – 31 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related