Jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika tawaf

Allahyarham adalah daripada penerbangan KT66 yang baru sampai di Makkah pada 29 Mei

4:25 PM MYT

 

MAKKAH – Seorang jemaah haji lelaki berusia 58 tahun dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia di Makkah akibat serangan sakit jantung pada Rabu lepas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata semasa kejadian, Allahyarham Mohd Zahir Ismail dari Maktab 78 dilaporkan dalam keadaan berihram dan sedang menunaikan tawaf umrah pertama bersama-sama isteri dan jemaah dari maktab sama sebelum rebah di mataf (kawasan tawaf di sekitar Kaabah).

“Allahyarham adalah daripada penerbangan KT66 yang baru sampai di Makkah pada 29 Mei dan pada waktu malam selepas Isyak, kita anjurkan mereka semua laksanakan umrah pertama.

“Namun beliau tiba-tiba telah jatuh akibat serangan jantung di tempat tawaf,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.

Beliau berkata Allahyarham kemudian dikejarkan ke kinik yang terletak di Masjidil Haram sebelum dibawa ke Hospital Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan telah meninggal dunia.

Jenazah kemudian disolatkan selepas waktu Zohor di Masjidil Haram semalam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, Makkah pada petang hari sama.

Syed Saleh berkata petugas kebajikan TH, kaunselor serta pembimbing ibadat dan pakar rujuk juga telah menziarahi isteri Allahyarham bagi memberi bantuan sewajarnya.

“Bagi pihak TH, saya ingin mengucapkan takziah kepada waris jemaah dan kami mendoakan agar segala amal ibadatnya diterima Allah SWT,” katanya.

Pada 24 Mei lepas, seorang jemaah haji lelaki berusia 72, dari Kubang Pasu, Kedah meninggal dunia di sebuah hospital di Makkah akibat pembuluh darah pecah. – 31 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related