TMJ gesa siasat dakwaan pengawal pengiring kasari pemandu e-hailing OKU

Bagaimanapun Tunku Mahkota Ismail menegaskan, cubaan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini adalah satu tindakan yang tidak wajar

4:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian seorang pemandu e-hailing dipukul pegawai polis pengiringnya.

Tunku Mahkota Ismail berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberikan keadilan sebaiknya kepada mangsa yang juga seorang pemandu Orang Kurang Upaya (OKU).

“Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.

“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang,’’ katanya menerusi catatan di platform Xi.

Pada Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi kenamaan di sebuah hotel di sini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataannya selepas itu memaklumkan pemandu itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah faham.

Pemandu OKU berusia 46 tahun itu membuat laporan kedua pada hari yang sama dan memaklumkan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes.

Tunku Mahkota Ismail turut menyatakan ada gerakan cuba mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini namun ia adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,’’ katanya. – 31 Mei, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related