TH wujudkan pasukan rawatan medan untuk jemaah di Muzdalifah

Petugas perubatan juga diberikan latihan untuk memberikan khidmat rawatan tanpa menjejaskan atau melanggar larangan ihram jemaah haji

11:20 AM MYT

 

MAKKAH – Pasukan Perubatan Lembaga Tabung Haji (TH) mewujudkan pasukan perubatan medan di Muzdalifah semasa operasi di Masyair nanti, dalam usaha untuk memberikan khidmat rawatan segera kepada jemaah yang sakit dengan sumber terhad yang ada di situ.

Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Perubatan), Dr Abdul Marsudi Manah berkata, perkara itu berbeza dengan situasi di Arafah, jemaah boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan lebih selesa kerana mempunyai kemudahan yang lebih baik seperti khemah.

“Untuk Muzdalifah kita ada pasukan perubatan combat madson atau perubatan yang berkonsepkan rawatan medan, yang bermaksud kita akan beri rawatan dengan apa yang ada di situ.

“Sebagai contoh kalau di hospital, kita nak tidurkan (intubate) pesakit kena perlukan katil dan barangan lain, namun di Muzdalifah berbeza kerana di sana pesakit baring atas pasir, di situlah kita akan intubate,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di sini baru-baru ini.

Pada masa sama, Dr Abdul Marsudi berkata, petugas kesihatan juga diberikan latihan untuk memberikan khidmat rawatan tanpa menjejaskan atau melanggar larangan ihram jemaah haji.

“Semasa memberi rawatan, petugas perlu beringat ketika itu jemaah berada dalam keadaan ihram, jadi contohnya kalau nak pasang drip jadi petugas nak pasang drip tak boleh pakai pluster sebab kalau tercabut bulu kena bayar dam,” katanya.

Dr Abdul Marsudi turut menyifatkan operasi di Masyair nanti, sebagai sebagai fasa yang kritikal dan mencabar buat 278 petugas kesihatan dalam memastikan kesemua 31,600 jemaah haji berada dalam keadaan sihat untuk wukuf di Arafah, iaitu kemuncak kepada ibadah haji.

Beliau berkata, pasukan perubatan turut bersedia dengan Program Safari Wukuf, iaitu perkhidmatan membawa jemaah haji yang uzur yang sedang dirawat di Pusat Perubatan TH di Makkah untuk wukuf di Padang Arafah.

“Kita akan sediakan jemaah untuk wukuf di Arafah seketika dengan menaiki kenderaan khas yang disediakan, sama ada bas atau ambulans dan selepas berwukuf di Arafah kita akan membawa balik mereka ke Pusat Rawatan TH,” katanya.

Wukuf pada hari kesembilan Zulhijah yang jatuh pada 15 Jun, bermaksud berhenti dan berada di Arafah sebentar atau seketika dalam apa juga keadaan sekali pun dan ia merupakan rukun kedua dalam ibadah haji. – 31 Mei, 2024

Topics

Hangat

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Private sector in the dark over govt’s drug decriminalisation plans, say experts

Health professionals urge broader engagement with relevant stakeholders ahead of reforms to decriminalise drug use to ensure effective implementation of initiative

Related