‘Beraksi’ dalam kereta di kawasan masjid: ‘Kereta dipinjam rakan adik, dia kata hantar kawan ke klinik’

Pasangan berkelakuan tidak senonoh di kawasan masjid bukan pemilik kereta, pinjam kereta bapa rakan

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Di sebalik penularan video memaparkan dua individu dipercayai kekasih yang didakwa sedang melakukan perbuatan tidak bermoral dengan berasmara di dalam kereta, seorang individu tampil menjelaskan perkara itu.

Menerusi penjelasan yang dikongsi di media sosial, individu terbabit mendakwa kereta berkenaan milik ayahnya yang juga seorang pesara guru dan kini imam surau.

Namun, ia kini diberikan kepada adik bongsunya untuk kegunaan belajar di Kuala Lumpur, sebelum dipinjamkan kepada seorang rakan ketika kejadian tular itu.

“Beberapa hari lepas, kawan adik saya bernama I** pinjam kereta A*** tu, adik saya berada di library (perpustakaan) berikan saja kawan pinjam kereta, katanya nak hantar kawan (lain) ke klinik.

“Jadi peristiwa dan rakaman itu berlau selepas mereka ke klinik dan pesalah dalam kenderaan itu adalah I** kawan adik saya, bukan adik saya, bukan juga ayah saya selaku pemilik kereta,” katanya.

Menurutnya, dia juga dimaklumkan I** sudah ke masjid berkenaan untuk selesaikan dengan perakam dan apa-apa yang berkaitan.

“Adapun jika kes ini dipanjangkan ke pejabat agama atau apa-apa, ia bukan lagi concern kami, saya hanya ingin bersihkan nama ayah saya yang sudah diviralkan dan dilemparkan kata kesat.

“Saya berharap pesalah itu insaf dan ambil pengajaran atas keterlanjuran dan kekalahan kepada godaan syaitan, moga Alla pelihara maruah kita semua,” katanya.

Dia berkata, adiknya adalah seorang lepasan tahfiz dan turut menjadi imam serta guru mengaji.

Malah, dia meminta semua pihak memahami situasi sebenar dan warga maya membantu menyebarkan penjelasannya itu.

Sementara itu, dia berkata, pasangan itu yang berada di Kuala Lumpur sudah meminta maaf kepada keluarganya di Terengganu menerusi panggilan telefon.

Pesalah lelaki, katanya, sudah ‘menyerah diri’ kepada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Gombak Utara, iaitu lokasi kejadian, dengan turut menemui individu yang merakamkan perbuatannya dan ‘tukang viral’.

Ujarnya, ada kesefahaman antara semua pihak sebagai syarat permohonan maaf berkenaan diterima.

“Tukang viral juga meminta maaf kepada keluarga kami kerana kesan daripada video dia menyebabkan pemilik kereta dikecam. Tujuan mereka ‘amar makruf nahi mungkar’ tu sudah bagus dan berhasil bertemu dengan pesalah.

“Tetapi maharnya agak pedih kerana pemilik kereta pula terfitnah. Bagaimanapun, kami kira ada sesuatu hikmah yang Allah lukiskan untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

Pada masa sama, dia berkata, terdapat netizen meminta keluarganya mendedahkan muka pesalah sebagai menunjukkan penjelasan diberikan bukan penipuan, malah ramai menyuruh pelaku terbabit sendiri membuat kenyataan maaf secara terbuka atas kes dianggap ‘kawan khianat kawan’ itu.

“Minta maaf sahabat, agama ajar kita supaya jangan jadi pendendam. Pesalah adalah rakan baik adik saya. Dia juga pernah bertandang ke rumah kami di Terengganu. Pesalah yang kami kenal adalah seorang kawan yang baik, cuma mungkin pada hari kejadian dia sedikit ‘terbabas’ dan terpedaya dengan hasutan syaitan.

“Semoga Allah ampuni dosa mereka. Kalau kami dedah muka pesalah, bermakna kami membunuh masa depan seorang anak muda yang terkhilaf hari ni dan boleh jadi akan menjadi seseorang yang berjasa,” katanya.

Memberikan penjelasan lanjut, dia berkata, keluarganya juga tidak berniat membuat laporan polis berhubung isu terbabit untuk membersihkan nama kerana segala fitnah sudah terjawab, malah diakhiri dengan permohonan maaf pihak terbabit.

“Adakah ada ancaman kepada kami? Jawapannya ada. Tapi setakat ni semua fake profile. Kalau ada pun yang mengancam, dia padam kembali selepas tahu cerita sebenar. Keadaan terkawal Insya-Allah.

“Saya harap isu ini tamat di sini. Dan saya yakin semua pihak dapat menyimpulkan pelbagai pengajaran dari apa yang berlaku ini. Ini adalah kenyataan terakhir saya berkaitan kes tular ini, dengan harapan ia makin reda dan netizen tidak lagi memanjangkan,” katanya.

Terdahulu, tular tindakan dua individu terbabit yang dirakam seorang lelaki sebelum ia tular di media sosial sejak semalam.

Dalam video berdurasi 27 saat itu, lelaki terbabit yang berpayung kerana hujan, menghampiri kereta sebelum menegur perbuatan pasangan berkenaan.

“Woi turun tingkap kau, hah tu plat dia, ‘beromen’ dalam (kawasan) masjid bodoh budak ni beromen dalam masjid,” kata individu terbabit geram.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu terus segera ‘melarikan diri’ dengan memandu keluar dari kawasan masjid.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pasangan itu yang dianggap tidak senonoh, ‘bodoh’ dan memalukan, terutama apabila sanggup melakukan perbuatan terkutuk terbabit di kawasan masjid. – 31 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related