Rasa ditekan, pemandu OKU ‘dipukul’ pengawal peribadi kenamaan terima RM800

Dalam satu kenyataan oleh DAWN, mangsa, yang masih meratapi kematian anaknya mendakwa, dia dimaklumkan jika kes itu dibawa ke mahkamah, telefon pertamanya akan dirampas

8:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi kenamaan berasa ‘tertekan’ untuk menggugurkan laporan polis berhubung kes itu, yang menyaksikan dia menerima pampasan sebanyak RM800.

Pemandu orang kurang upaya (OKU) berusia 46 tahun itu berkata, dia diberikan dua pilihan pada hari sama memfailkan laporan polis iaitu pada 28 Mei.

“Jika saya mahu meneruskan kes, (saya dimaklumkan) kes itu akan dibawa ke mahkamah (dan) telefon pertama saya akan dirampas.

“Jika saya menggugurkan kes, saya akan dibayar pampasan atas kecederaan saya. Berasa tertekan, saya membuat pilihan kedua,’’ katanya yang menceritakan semula kejadian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (DAWN).

Dia memberitahu pada awalnya beliau meminta RM1,000, namun wakil pengawal peribadi yang memukulnya mencadangkan bayaran RM500, di mana mangsa menolak sebelum penyelesaian dicapai sebanyak RM800.

“Ketika perbincangan, wakil tersebut akan mendekati sekumpulan pegawai untuk perbincangan. Selepas itu dia kembali dengan pegawai baharu.

“Apabila saya menolak, dia akan berbincang dengan pegawai. Proses ini akan berulang kali sehingga kami mencapai persetujuan.

“Ketika menerima RM800, video dirakamkan semasa wang diberikan kepada saya,’’ katanya.

Katanya, selepas menerima bayaran, dia diminta melihat dan menandatangani laporan polis kedua (yang disediakan), yang mana dia tidak bercadang untuk memfailkannya.

Malah semasa dia kembali ke balai polis itu sekitar jam 2 pagi keesokannya untuk mengambil kad pengenalan yang tertinggal, dia diminta menandatangani laporan polis ketiga.

“Saya tidak dapat bezakan antara laporan polis kedua dan (ketiga). Di sebalik kekeliruan itu, saya menandatangani laporan ketiga,’’ katanya.

Dalam pada itu, DAWN turut mempersoalkan motif di sebalik keengganan polis untuk memberikan akses lelaki itu kepada telefon bimbitnya ketika menjalankan siasatan.

“Mangsa tidak diberikan penjelasan terhadap telefonnya yang disiasat atau telefonnya yang diambil. Dia dilayan seolah-olah dia adalah suspek.

“Atas dasar apa telefon bimbit mangsa disimpan untuk siasatan? Privasinya sepatunya dihormati sepenuhnya kerana dia adalah mangsa dalam kes ini.

“Anaknya meninggal dunia kira-kira tiga minggu sebelum kejadian dan dia masih bersedih. Situasi yang berlaku akibat kes berkenaan memberikan kesan kepadanya, menyebabkan dia sukar untuk menghadapinya,” katanya.

Mendakwa hak mangsa tidak ‘dilindungi sepenuhnya’ DAWN berkata, setiap rakyat perlu dilayan saksama dan berhak membuat laporan kepada polis untuk perlindungan diri.

Kumpulan itu turut menyatakan insiden tersebut telah meningkatkan kebimbangan dalam kalangan komuniti berkenaan dengan menekankan kepada kepentingan supaya tindakan segera diambil bagi mengelakkan ia berulang.

Pada Rabu, polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi kenamaan di sebuah hotel di sini.

Ia disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataannya selepas itu memaklumkan pemandu itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah faham.

Lelaki itu membuat laporan kedua pada hari yang sama dan memaklumkan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes.

Kenyataan Rusdi itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada polis menghentikan siasatan atau tidak. – 31 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related