Resit bayaran RM1 hospital kerajaan tahun 1979 dikongsi Dr Noor Hisham tarik perhatian, ‘bagusnya Malaysia’

Di sebalik teruja, netizen mencadangkan sudah sampai masa caj itu dinaikkan bersesuaian dengan kos kesihatan negara ditanggung kerajaan, selain kualiti ubat terbaik diberikan

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Ini memang nostalgia, bagusnya Malaysia berpuluh tahun masih kekalkan caj rawatan kesihatan RM1, rakyat pun tak terbeban”.

Itu antara komen netizen selepas melihat foto resit rawatan perubatan dikongsikan bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di platform X.

“Nostalgia resit caj rawatan perubatan bagi warganegara pada tahun 1979 dan sehingga kini masih dikekalkan seringgit sahaja #kesihatanku #Negaraku,” tulis beliau menerusi keterangan di hantaran foto itu.

Resit bertarikh 10 Januari 1979 dikeluarkan pegawai perubatan di Hospital Besut, Jerteh, Terengganu dan berusia lebih empat dekad itu menunjukkan caj dikenakan adalah RM1.

Menerusi tulisan tangan di resit dengan nombor rujukan W249851 itu, ia dikeluarkan atas sebab bayaran untuk imbasan tubuh dan pemeriksaan kesihatan bagi urusan persekolahan.

“Bayaran X-Ray dan pemeriksaan kesihatan untuk ke Kolej Islam Klang,” menurut tulisan itu.

Rata-rata netizen teruja dan memberikan pelbagai komen mengenai foto dikongsikan Noor Hisham itu.

Segelintir berpandangan ia sepatutnya dinaikkan bersesuaian dengan perkhidmatan kemudahan perubatan yang semakin maju di hospital kerajaan, selain peruntukkan kesihatan meningkat ditanggung negara dari semasa ke semasa.

Ada pula berpendapat kerajaan sepatutnya menaikkan caj bayaran kesihatan di hospital kerajaan, memandangkan kualiti ubat diberikan sangat baik tetapi terdapat individu tidak menghargainya apabila tidak menghabiskannya.

“Sepatutnya naikkan ke RM5, kemudian mereka yang terima bantuan dan B40 rawatan percuma tanpa caj RM1,” kata OnlyKojie.

“Naikkan lah caj itu,” tulis army-rule.

“Saya mampu je beli ubat kat farmasi luar dan pergi klinik swasta, tapi saya mesti pergi klinik dan hospital kerajaan sebab kualiti ubat dia terbaik, susah nak jumpa ubat setanding dengan klinik kerajaan, kalau naikkan harga RM5 hingg RM10 pun masih ok supaya rakyat lebih menghargai nilai ubat tu,” komen Turis.

“Dah 45 tahun berlalu resit dikongsikan Tan Sri,” kata seorang pengguna teruja.

“Perlu ada semakan atas kewajaran banyak kemudahan dan kepakaran tinggi kepada awam,” cadang ijai.

“Lawa betul tulisannya,” puji individu lain.

“Saya rasa kena naikkan, RM5 untuk doktor biasa, RM10 untuk pakar, untuk yang tak mampu mungkin kerajaan boleh tolong, tapi dah sampai masa naikkan caj…” kata Liz_Cathy_Doll.

Manakala, ada netizen yang membuat perkiraan caj RM1 dikenakan itu dengan nilai zaman sekarang, bagi menunjukkan bayaran ditetapkan hospital kerajaan sememangnya sangat murah.

“Ia murah jika dibuat perkiraan dengan nilai inflasi di Malaysia sekarang ini, jika diikuti kiraan kini nilainya RM3.27,” kata seorang netizen.

“Kalau banding harga emas RM1 zaman 1979 bersamaan RM18 dengan harga sekarang, (bayaran) RM24 (sekarang),” menurut seorang pengguna.

“Naik je lah caj RM1 tu, dah tak relevan zaman sekrang, naik RM5, ke, RM10 ke, duit tu kerajaan labur balik dalam tambah baik hospital,” kata Mohd Syazwan. – 30 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related