Ini bukan untuk Isham Jalil, ‘awak tak hendak, saya lagi tak ingin’: Jalaluddin

Beliau berkata demikian selepas Isham mengatakan tiada pemimpin dan ahli Umno yang dipecat, teringin kembali semula ke parti itu selagi ia tidak berubah

3:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesediaan Umno menerima kembali bekas pemimpin dan ahli parti itu yang dipecat, bukan perkara baharu, sebaliknya proses normal berdasarkan perlembagaan serta peraturan sedia ada.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, individu ingin kembali kepada parti, boleh berbuat demikian dan perkara itu akan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Bagaimanapun, katanya, tiada paksaan untuk mana-mana individu dipecat untuk kembali kepada parti terbabit dan pilihan untuk bersama Umno semula, terletak di tangan masing-masing.

“Isham Jalil bukan mewakili ramai orang, dia tak kembali, kita pun tak ingin… ikutkan saya senang je, kalau apa pantunnya, ‘pinggan tak retak, nasi tak dingin, awak tak hendak, saya lagi tak ingin’.

“Ini bukan untuk Isham Jalil…ini adalah untuk mereka yang merasakan bahawa mereka bersedia kembali ke pangkuan Umno dan mereka boleh memohon, MKT akan putuskan, itu saja.

“Dan ini proses biasa, terbuka kepada mana-mana ahli baharu atau bekas ahli Umno, ini terbuka dan ini bukan satu perkara baru, malah perkara biasa kita lakukan,” katanya seperti dilaporkan Umno Online.

Jalaluddin berkata, parti itu juga mengalu-alukan mana-mana pemimpin dan ahli Umno untuk kembali ke parti berkenaan.

“Nothing new’ (tiada apa yang baharu), cuma barunya Isham Jalil mungkin merasakan dia begitu istimewa dan tawarannya untuk dia… ‘no, we are not going to offer’ (tidak, kita tidak akan menawarkan). Mereka mohon dan kita timbang,” katanya.

Beliau berkata, selepas menerima permohonan daripada pemimpin dan ahli dipecat itu, MKT akan membuat penelitian berdasarkan faktor tertentu, sebelum menentukan keputusan sama ada menerima atau menolaknya.

“MKT harus mengikuti beberapa peraturan serta perkara dan kita akan tengok balik apakah faktor yang boleh kita terima rayuan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, peluang kedua diberikan Umno itu disebabkan ada pemimpin dan ahli dipecat sebelum ini, masih menunjukkan kesetiaan kepada parti, malah berminat menyertainya semula.

Terdahulu, Jalaluddin menegaskan Umno sedia mempertimbang untuk menerima semula pemimpin dan ahlinya yang disingkirkan ketika melakukan proses pemutihan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 apabila ada antara mereka ‘berminat’ kembali ke parti itu.

Namun, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil yang dipecat daripada parti berkenaan pada 6 Disember 2023, menyifatkan kenyataan Jalaluddin sebagai tidak benar.

Isham berkata, beliau yakin pemimpin dan ahli yang dipecat daripada Umno tidak berminat kembali ke parti berkenaan, selagi ia tidak kembali ke landasan serta perjuangan asal.

“Saya tidak akan kembali atau masuk parti UMDAP ini. Rata-rata orang Melayu pun tidak sokong parti ini. Ramai penyokong tegar Umno sebelum ini, tidak lagi menyokong UMDAP hari ini,” katanya. – 30 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related