Fennec tidak berada di ketinggian, haluan ditetapkan punca 2 helikopter TLDM terhempas

Hasil laporan itu diumumkan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob

11:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Faktor utama nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak bulan lalu, berpunca helikopter Fennec tidak berada di ketinggian dan haluan ditetapkan.

Situasi itu mengakibatkan Fennec memasuki laluan HOM AW139, sehingga kedua-duanya helikopter bertembung sebelum terhempas.

Itu hasil siasatan terkandung dalam laporan penuh nahas dua helikopter TLDM terbabit yang mengorbankan 10 kru di lokasi kejadian.

Hasil laporan itu diumumkan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, faktor sekunder nahas itu pula disebabkan kru pesawat AW139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan, mengehadkan reaksi mengelak pelanggaran.

“Laporan akhir ini adalah selari dengan laporan awal nahas berkenaan dan ia adalah kesinambungan daripada laporan awal dikeluarkan melalui kenyataan pada 9 Mei lalu.

“Laporan akhir ini juga dihantar ke State Airwothiness Authority (SAA) untuk rekod,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, TLDM melaksanakan usaha dalam memelihara kebajikan waris mangsa nahas yang sentiasa diberi perhatian oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Selain daripada upacara keagamaan dan bantuan psikologi menerusi kaunselor disediakan, urusan pembayaran pampasan khususnya dari Skim Takaful Berkelompok ATM, sumbangan Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara dan sumbangan lain, sudah diserahkan kepada waris berkelayakan.

“Bayaran faedah serta ganjaran perkhidmatan dalam bentuk pencen dan secara bulanan kepada waris berkelayakan sudah bermula. Sumbangan dan terimaan lain akan diserahkan selepas proses berkaitan selesai,” katanya.

Abdul Rahman, TLDM juga mengalu-alukan sumbangan ke Tabung Tragedi Lumut 24 yang ditubuhkan ATM.

“Tabung ini masih dibuka dan hasil kutipan kelak akan diagihkan kepada waris mangsa terlibat.

“Semoga usaha ini dapat membantu meringankan bebanan sedang dihadapi waris dan ahli keluarga mangsa,” katanya.

Dalam insiden mengejutkan negara pada 23 April lalu itu, 10 kru TLDM maut selepas helikopter HOM AW139 dan Fennec bertembung, sebelum terhempas ketika sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM ke-90.

Berdasarkan maklumat diterima, kedua-dua helikopter itu, dilaporkan berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.30 pagi.

HOM AW139 terhempas di tangga Stadium TLDM, manakala Fennec di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Tujuh individu yang berada dalam helikopter HOM AW139 itu, dikenal pasti sebagai Komander Muhammad Firdaus Ramli, iaitu Pegawai Memerintah Skuadron 503, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin (kru), Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi (kru), Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun (kru), Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (penumpang), Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar (penumpang) dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (penumpang).

Manakala, tiga kru di dalam Fennec dikenali sebagai Komander Muhamad Amir Mohamad (Pegawai Memerintah Skuadron 502), Leftenan Sivasutan Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Susulan nahas itu, Lembaga Siasatan ditubuhkan pada hari insiden, dengan dianggotai sembilan pegawai TLDM berkepakaran penerbangan dan kejuruteraan udara, selain bantuan dari Markas Tentera Udara – Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) serta doktor perubatan ATM. – 30 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related