Pelajar tingkatan 5 hilang selepas keluar tonton perlawanan bola sepak masih belum ditemui

Kenalan bapa remaja itu turut mengaitkan misteri kehilangan Hafiz dengan alam ghaib

8:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelajar tingkatan lima, Hafiz Fauzan Abdul Halid yang dipercayai hilang selepas keluar menonton perlawanan bola sepak di rumah kawannya pada malam Sabtu lalu belum ditemui.

Bercakap kepada Scoop, bapa kepada pelajar itu Abd Halid Sugiman, 44 berkata, usaha mencari Hafiz di kawasan yang dipercayai dilalui untuk ke rumah kawannya dekat Parit Ju, Tongkang Pechah di Batu Pahat, Johor terus menemui jalan buntu.

“Kami pergi buat pemeriksaan balik dan cari di Jalan Tongkang Pechah sehingga ke Parit Raja dan Jalan Sri Bengkal yang biasa dilaluinya.

“Kami risau kemungkinan dia terjatuh ke dalam parit atau sebaliknya tapi tidak menemui sebarang petunjuk,” katanya.

Menurut Abd Halid, kehilangan anaknya yang juga pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR), Batu Pahat, Johor itu disedari beberapa jam selepas dia meminta izin untuk keluar ke rumah kawannya kira-kira jam 9.47 malam.

“Saya menganggap dia ke rumah kawannya di Parit Ju, Tongkang Pechah yang terletak kira-kira lima kilometer (km) dari rumah kami.

“Setelah beberapa jam menyedari dia tidak balik, saya suruh salah seorang anak saya untuk pergi tengok dan cari Hafiz di rumah kawannya.

“Tapi dia balik dan beritahu yang tiada sesiapa pun di rumah rakannya itu,” katanya.

Abd Halid Sugiman berkata, beberapa kenalannya yang juga pengamal perubatan Islam mengaitkan misteri kehilangan anaknya dengan alam ghaib dan ‘disorok’ di lokasi tidak diketahui. – Gambar Facebook, 28 Mei, 2024

Sebelum kejadian itu, Abd Halid berkata, mereka sekeluarga menjemput anak kedua daripada tujuh beradik itu di asrama SMAPR, petang Sabtu kerana cuti persekolahan sudah bermula.

“Selepas menjemputnya, kami keluar makan bersama-sama di Yong Peng, jadi kami tiba di rumah sekitar 10 malam.

“(Ketika itu) Dia pun minta izin keluar nak tonton perlawanan final bola sepak di rumah rakannya,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Halid berkata, beberapa kenalannya yang juga pengamal perubatan Islam mengaitkan misteri kehilangan Hafiz dengan alam ghaib.

“Beberapa orang datang beritahu yang anak saya “disorok” di suatu lokasi yang tidak diketahui.

“Buat masa sekarang tiada apa yang mampu dilakukan selain berdoa Hafiz ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya.

Katanya, laporan kehilangan anaknya itu sudah dibuat di Balai Polis Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor, semalam. – 28 Mei 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related