Bukan tindakan terdesak, bekas pemimpin perlu ‘taubat nasuha’ sebelum diterima kembali: Veteran Umno

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub menafikan, parti tersebut kini berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup menerima bekas ahli yang pernah disingkirkan

11:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Veteran Umno menafikan dakwaan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil bahawa parti itu terdesak menerima bekas pemimpin dan ahli parti yang disingkirkan sebelum ini.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, cadangan Ahli MKT, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan mengenai usaha itu berniat baik bagi memberi peluang kedua kepada bekas pemimpin dan ahli parti yang disingkirkan.

Malah katanya, Veteran Umno menyokong sepenuhnya usaha itu demi memperkukuhkan parti tapi lebih baik bekas pemimpin dan ahli parti yang disingkirkan itu tidak diterima sekiranya kemasukan semula mereka hanya memecahbelahkan parti.

“Tidak timbul Umno terdesak seperti yang didakwa oleh Isham Jalil. Ahli Umno bertambah setiap hari walaupun ramai yang mati.

“Tidak dinafikan ramai ahli Umno yang mengambil pendirian tunggu dan lihat dan tidak berpuas hati dengan kerjasama Umno/Pakatan Harapan (PH) sekarang tetapi mereka tetap ahli Umno,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Jalaluddin berkata, Umno bersedia menerima ahli dan pemimpin yang telah disingkirkan selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, ini bagi memberi peluang kedua kepada mereka yang tetap setia dan masih percaya dengan perjuangan Umno, walaupun keahliannya telah ditarik balik.

Bagaimanapun, Isham berkata, dia tidak menyertai parti itu semula Umno yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah lari daripada perjuangan asal .

Malah katanya, kesediaan Umno untuk memberi peluang kepada bekas ahli untuk kembali menyertai parti itu disifatkan sebagai langkah terdesak.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, usaha tersebut harus dilaksanakan secara berhati-hati bagi mengelak sebarang salah langkah yang boleh membawa kesan buruk kepada parti.

Katanya, syarat ketat haruslah dikenakan kepada bekas pemimpin dan ahli parti yang disingkirkan termasuklah melakukan taubat nasuha sebelum mereka diterima kembali

“Sepanjang sejarah Umno ramai pemimpin yang keluar atau dibuang parti diterima balik. Antaranya (Tun Dr) Mahathir Mohamad.

“Jadi tidak pelik sekiranya ianya berlaku sekarang. Semuanya demi parti Melayu ini yang perlu dipertahankan.

“Biduk lalu kiambang bertaut. Carik-carik bulu ayam boleh bercantum semula. Apa yang penting ialah semua pihak mesti ikhlas dan sanggup melupakan cerita lama,” katanya. – 27 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Aaron, Wooi Yik mean business: extra night training ahead of Paris Olympics

Women’s doubles pair Pearly Tan and M. Thinaah, mixed doubles duo Chen Tang Jie and Toh Ee Wei, will also participate

Related