Adun Selat Klang beri Hamzah ‘surat balas’, persoal status 2 ahli MPT

Menerusi suratnya kepada Setiausaha Agung Bersatu itu, Datuk Abdul Rashid Asari memohon pengesahan status dua ahli MPT berbangsa India Muslim dan Punjabi yang tidak memenuhi syarat menjadi ahli biasa

11:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari hari ini memberi ‘surat balas’ kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagi menuntut penjelasan terhadap tiga perkara.

“Saya hantar surat itu kepada Hamzah pagi tadi, namun tiada maklum balas diberikan berikutan beliau ada di luar negara.

“Saya mahu beliau beri penjelasan dahulu kepada persoalan dibangkitkan melalui surat balas saya kepadanya, bagi memudahkan saya jawab surat arahan MPT sebelum ini,” katanya kepada Scoop hari ini.

Pada 17 Mei lalu, Hamzah menghantar surat mengandungi arahan bertulis MPT kepada tujuh wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi masa 14 hari untuk mereka membalasnya.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Abdul Rashid pula menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi suratnya kepada Hamzah, Abdul Rashid memohon pengesahan status keahlian dua ahli MPT, Mohd Rafiq Mohd Abdullah dan Mohd Yazid Mohd Yunus yang hadir pada mesyuarat MPT terbabit.

Menurutnya, Fasal 7.3 Perlembagaan Bersatu pada 2019 menyatakan ‘ahli biasa ialah warganegara Malaysia pribumi yang berumur 18 tahun ke atas’.

Katanya, Fasal 2 Perlembagaan parti turut menyebut ‘takrif pribumi bermaksud warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera termasuk orang asal dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan undang-undang negara.

Pada 17 Mei lalu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menghantar surat mengandungi arahan bertulis kepada tujuh wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi masa 14 hari untuk mereka membalasnya. – Gambar Scoop, 27 Mei, 2024

“Keahlian kedua-dua individu berkenaan yang masing-masing berbangsa India Muslim dan Punjabi adalah tidak sah sebagai ahli biasa Bersatu, selain kedudukan mereka sebagai ahli MPT juga tidak sah dari awal pelantikan.

“Pindaan Fasal 7 Perlembagaan parti tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat MPT dan diluar pengetahuannya sebagai ahli dan Ketua Bahagian Bersatu serta ahli-ahli lain kerana tidak pernah dibentangkan ketika Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) atau Mesyuarat Agung Tahunan (AGM),” katanya.

Menurut Abdul Rashid, pindaan secara senyap kepada Perlembagaan Bersatu pada 2021 tercatat pada Fasal 7.2 mengenai ‘ahli biasa ialah warganegara Malaysia pribumi atau warganegara Malaysia beragama Islam berumur 18 tahun ke atas’.

“Pindaan dengan penambahan klausa ‘atau warganegara Malaysia beragama Islam’ tidak mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terlebih awal.

“Ini boleh menyebabkan Bersatu dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355),” katanya. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related