KUALA LUMPUR – Isu mengenai 3R (agama, kaum dan raja) bukan bertujuan untuk membangkitkan ketakutan rakyat malah teguran, pandangan dan cadangan boleh dikemukakan namun ada batasannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, kata Anwar, perbuatan yang merosakkan, memecahbelah, menghasut, menghina kaum dan agama yang tidak dibenarkan.
Malah, wacana yang sihat mengenai dan kaum dan agama dibolehkan termasuk mengkritik beberapa pelaksanaan serta polisi, sebagai contoh dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
āKalau perlu ada pandangan tertentu dalam kalangan orang Kristian, atau sambutan Gawai, atau mengatakan dalam masyarakat Islam atau dikritik beberapa pelaksanaan dalam Jabatan Agama Islam, Jakim, tiada salahnya.
āJangan guna hujah tidak boleh disentuh sama sekali, ini tidak benar,āā katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan acara kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 di Kuching, hari ini.
Anwar bagaimanapun memberitahu, jika tiada kebebasan maka tiada demokrasi yang matang.
āBagi saya kalau tiada kebebasan, titiada demokrasi yang matang, tidak akan ada pencernaan karya hebat, tiada karya agung yang hebat dan tidak dapat dicerna tanpa rasa bebas mengungkap.
āTapi apa batasannya. Kalau kita gunakan ruang untuk memecah belah dan menanam bibit permusuhan ia akan runtuhkan sendi negara,āā katanya. – 27 Mei, 2024