Lebih 11,000 calon SPM 2023 dapat gred A dalam semua mata pelajaran: KP

Keputusan SPM 2023 ini merekodkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding tahun sebelumnya iaitu 4.74

9:47 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Seramai 11,713 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang iaitu gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, berbanding 10,109 orang pada 2022.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, keputusan SPM 2023 ini merekodkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding tahun sebelumnya iaitu 4.74.

Katanya, seramai 395,924 calon mendaftar untuk SPM 2023 dengan 349, 297 calon layak menerima sijil peperiksaan berkenaan berbanding 342,742 pada 2022.

Menurutnya, nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

“226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran berbanding 57.1% atau 213,624 calon pada 2022,” katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM 2023, di Putrajaya, hari ini.

Azman juga memberitahu, pakar pentaksiran dari luar negara juga terlibat dalam memberikan penaksiran dan penetapan standard persijilan SPM 2023.

“Pakar tersebut dari Cambridge University Press & Assessment, Victorian Curriculum and Assessment Authority (VCAA) dan Institute of Certified Bookkeepers (ICB).

“Calon yang mengambil prinsip perakaunan juga berpeluang memperolehi sijil IAB LCCI Level Certificate In Book-keeping & Accounts dari London Chamber of Commerce and Industry jika memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related