Manuskrip al-Quran berusia lebih 700 tahun dipamer di Festival Turath Islami Selangor

Orang ramai juga boleh menyaksikan manuskrip al-Quran tulisan tangan Patani/Terengganu pada abad ke-19 yang bertinta emas dibawakan dari Muzium al-Quran Narathiwat, Thailand

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah manuskrip al-Quran tulisan tangan berusia lebih 700 tahun antara tarikan utama pada pameran Al-Wahyu: Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu sempena Festival Turath Islami Selangor.

Pembantu Tadbir Kanan Institut Alam dan Tamadun Bangi (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdul Azzim berkata, koleksi itu dibawa dari Muzium al-Quran Narathiwat, Thailand.

Menurutnya, manuskrip itu mempunyai kulit atau sampul yang diperbuat daripada kain sutera berwarna hitam dan hiasan iluminasinya menggunakan ragam hias motif bunga mawar.

“Saya dimaklumkan oleh pihak Muzium (al-Quran) Narathiwat, bahawa mereka pergi ke Taif, Arab Saudi untuk mendapatkan manuskrip ini.

“Naskhah ini disalin oleh ulama Patani, Syeikh Daud Al-Fatani yang berjaya diselesaikan (disalin) pada tahun 1251.

“Dalam banyak-banyak koleksi al-Quran yang ada di sini, manuskrip ini paling lama. Ia dianggarkan ditulis pada tahun 1251 dan sekarang sudah 2024, jadi ia berusia lebih 700 tahun,” katanya.

Antara naskhah manuskrip al-Quran lama yang dipamerkan sepanjang festival berlangsung. – Gambar Scoop, 27 Mei, 2024

Dalam pada itu, Abdul berkata, orang ramai juga boleh menyaksikan manuskrip al-Quran tulisan tangan Patani/Terengganu pada abad ke-19 dalam pameran yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdu Aziz Shah di Shah Alam bermula semalam sehingga 2 Jun ini.

Katanya, koleksi yang juga dibawa dari Muzium al-Quran Narathiwat, Thailand itu ditulis dengan dakwat emas dan merupakan manuskrip kepunyaan Istana Selindong Bayu Saiburi Patani.

“Manuskrip al-Quran ini mempunyai gaya hiasan iluminasi yang hampir sama dengan manuskrip al-Quran Tuanku Baginda Omar,” katanya.

Selain Pameran Al Wahyu: Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu, Festival Turath Islami Selangor turut mengetengahkan program Daurah Hadis 40, syarahan, Munaqasyah Ilmiah dan program selawat selain penglibatan 23 ulama serta ilmuwan Islam dari dalam dan luar negara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (dua, kanan) berkata, penganjuran Festival Turath Islami adalah aspirasi kerajaan negeri dalam memantapkan budaya keilmuan, sekali gus memperkukuh akidah umat Islam. – Gambar Scoop, 27 Mei, 2024

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penganjuran Festival Turath Islami merupakan aspirasi kerajaan Selangor dalam memantapkan budaya keilmuan sekali gus memperkukuh akidah umat Islam dan membentuk masyarakat yang lebih baik serta seimbang.

“Pimpinan kerajaan negeri berpandangan bahawa untuk memartabatkan Islam, ia harus diisi dengan ilmu dan aktiviti kerohanian yang dianjurkan agama, berbanding menggunakan sentimen dan emosi semata-mata.

“Justeru, penganjuran festival ini adalah untuk mengisi ilmu berguna, diiringi dengan zikir, selawat dan aktiviti kebudayaan serta kesenian yang akhirnya akan membentuk sanubari kita yang bermakna,” katanya ketika berucap merasmikan festival berkenaan semalam. – 27 Mei, 2024

Topics

Hangat

Stulang rep’s citizenship briefing postponed after intense criticism

Event was open to all ethnicities, particularly B40 group, and was intended to address issues faced by those without citizenship status or birth certificates

Malaysia ke separuh akhir berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw, jumpa Indonesia malam ini

Tekong negara, Syahir Rosdi turun malam ini dengan misi 'membalas dendam' terhadap Indonesia yang mengecewakan Malaysia pada final Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related