AI mampu undang masalah jika tidak dikawal: Abang Johari

Teknologi itu mampu melakukan perkara-perkara yang tidak pernah kita bayangkan, sebagai contoh ucapan seseorang boleh diubah suai daripada yang asal kepada yang palsu

4:11 PM MYT

 

KUCHING – Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi itu, terutamanya melalui generatif Al, mampu melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dapat kita bayangkan sebelum ini, dan pada masa yang sama membawa cabaran sebenar kepada manusia.

Beliau memberi contoh ucapan daripada seseorang, yang boleh diubah suai daripada yang asal kepada yang palsu, semata-mata untuk memberi manfaat kepada agenda atau tujuan tertentu.

“Seperti sekarang, saya bercakap dengan anda dalam bahasa Inggeris tetapi melalui Al, ia boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa seperti Bahasa Malaysia, Mandarin, mahupun Sepanyol dalam masa nyata. Imej juga boleh dilaraskan dengan bibir anda, seolah-olah anda bercakap dalam bahasa itu.

“Masalahnya ialah untuk menentukan sama ada kandungan itu benar-benar tulen, kerana Al generatif boleh mengubah suai fakta lain untuk dimasukkan ke dalam kandungan yang tulen.

“Inilah cabaran sebenar. Al akan menentukan cara kita – bagaimana kita hidup, mentadbir dan berinteraksi,” katanya semasa berucap di Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024, di sini hari ini.

Persidangan dua hari dengan tema ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ bermula hari ini dengan penyertaan kira-kira 600 peserta tempatan dan luar negara.

SMeC 2024 dianjurkan sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 yang berlangsung selama tiga hari semula semalam, dengan acara kemuncak adalah majlis perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Hawana 2024 dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari 11 negara termasuk Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor-Leste, Vietnam, China, Korea Selatan dan Qatar.

Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan Sarawak, dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related