Sudah kenal pasti calon Pengerusi SPR, harus dapat perkenan Agong: PM

Calon tersebut akan menggantikan kekosongan ditinggalkan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu

3:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah mengenal pasti calon Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses sewajarnya bagi pemilihan itu sudah diikuti dan perlu menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Sudah (mengenal pasti calon). Kita sudah ikut prosesnya dan akhirnya ia harus mendapat perkenan Yang di-Pertuaa Agong,” katanya selepas merasmikan Pameran Era Pasca Normal Madani, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Anwar tidak mendedahkan nama calon tersebut.

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom menggesa pelantikan pengerusi dan anggota suruhanjaya itu dilaksanakan dengan lebih telus dan mematuhi prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Justeru, katanya perlu ada penambahbaikan dalam proses pelantikan anggota SPR yang ketika ini dilaksanakan secara rahsia.

“Penting untuk sebarang langkah ke hadapan dalam reformasi pilihan raya ini dilakukan dengan pematuhan yang berpegang kepada prinsip demokrasi dan dilaksanakan dengan telus.

“SPR sendiri sepatutnya tertakluk kepada matlamat seperti itu. Pelantikan pesuruhjaya, termasuk lantikan saya sendiri, tidak lagi diselubungi kerahsiaan dan amalan yang tidak jelas.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk kita menjelaskan proses ini, yang mana dilakukan dengan lebih terbuka” katanya.

Azmi yang kini menjalankan tugas Pengerusi SPR berkata, perubahan dalam proses pelantikan jawatan tinggi bukanlah sesuatu yang luar biasa di negara ini.

Katanya, kewujudan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah contoh paling jelas bagaimana proses yang dulunya tidak diketahui dan dijalankan secara tertutup kini dilaksanakan melalui proses yang lebih terbuka. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related