Jemaah haji diingatkan sentiasa pakai gelang, kad pengenalan diri TH: Na’im Mokhtar

Setakat ini, 16,000 jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di Madinah dan Makkah sejak penerbangan pertama 9 Mei lalu

11:37 AM MYT

 

SEPANG — Jemaah haji diingatkan sentiasa memakai gelang dan kad pengenalan diri yang dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) supaya mudah dikenal pasti sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata para jemaah haji juga diingatkan sentiasa menjaga kesihatan diri, pada masa sama diminta merujuk pembimbing ibadat TH sekiranya berdepan apa-apa masalah berhubung hukum-hakam ibadat haji bagi memastikan amalan yang dilakukan adalah betul dan sempurna.

“Petugas TH juga sentiasa bersiap siaga menyantuni apa juga keperluan jemaah haji di Tanah Suci nanti,” katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli berangkat hadir ke majlis hari ini dan menyantuni lebih 250 jemaah haji terdiri daripada kumpulan penerbangan ke-55 yang dijadualkan berlepas pada 1.30 tengah hari ini.

Mohd Na’im berkata setakat ini juga 16,000 jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di Madinah dan Makkah sejak penerbangan pertama.

Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula 9 Mei manakala penerbangan terakhir pada 9 Jun ini.

Terdahulu dalam satu majlis berasingan Mohd Na’im turut menyerahkan insentif berjumlah RM144,500 sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada 289 bakal jemaah haji dari keluarga B40 Wilayah Persekutuan.

Sumbangan diterima oleh seorang wakil jemaah haji iaitu Azahar Mohamad, yang akan disalurkan ke akaun jemaah yang terlibat, dengan kerjasama TH.

Menurut kenyataan MAIWP setiap jemaah haji B40 itu menerima insentif RM500 seorang, yang merupakan tanda keprihatinan MAIWP kepada kebajikan kelompok masyarakat B40. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related