Lintasan cahaya ‘meteor’ sinari malam di Miri

Kejadian itu mengejutkan orang ramai yang melalui jalan berkenaan dan lintasan cahaya tersebut dirakamkan menerusi kamera papan pemuka kenderaan yang melalui jalan terbabit

11:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lintasan cahaya seakan-akan meteor menyinari langit di Jalan Pintasan Miri, Sarawak, tengah malam tadi.

Ia berlaku sepintas lalu, hanya dalam masa beberapa saat namun cukup untuk menerangkan langit di kawasan tersebut.

Kejadian itu mengejutkan orang ramai yang melalui jalan berkenaan dan lintasan cahaya tersebut dirakamkan menerusi kamera papan pemuka kenderaan yang melalui jalan terbabit.

Meteor atau tahi bintang adalah cahaya terang yang melintasi langit malam dengan pantas dan berlaku secara tiba-tiba.

Meskipun digelar tahi bintang, objek ini bukan bintang dan tiada apa-apa kaitan langsung dengan bintang.

Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi mengenai cahaya ini setakat ini namun beberapa pengguna media sosial berkongsi video cahaya tersebut.

“Wow. Meteor…jarang-jarang jumpa. Biasa sekejap 1 saat lalu hilang,” kata salah seorang pengguna.

Ramai yang melahirkan kekaguman melihat cahaya tersebut.

Baru-baru ini, objek seperti meteor turut kelihatan di langit Sepanyol dan Portugal yang berlaku 15 minit sebelum tengah malam, waktu tempatan.

Kejadian sama turut disaksikan di Queenstown, Singapura pada 24 Mei lalu, kira-kira 11.50 malam. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related