KUALA LUMPUR – Tindakan dua wanita di tanah perkuburan yang dirakam melangkah sebuah kubur berulang kali untuk berjenaka, mengundang ketidakpuasan hati dan kecaman hebat daripada netizen.
Menerusi rakaman video berdurasi 38 saat itu, kedengaran suara seorang daripada mereka memberitahu malalui apa didengarnya daripada orang ramai, jenazah sudah dikebumikan akan mencari individu yang melangkah di kuburnya.
“Selalu kan orang cakap kalau kita langkah kubur kan malamnya tuan kubur ni cari kita,” kata individu terbabit.
Seorang lagi wanita itu bertanya adakah betul perkara berkenaan dan dia ingin mencubanya untuk mengetahui kebenarannya.
“Aku try (cuba), serius lah,” kata wanita itu.
“Selalu lah, aku dengar lah, kalau kau pun tak akan kau tak marah orang langkah kubur kau,” ujar individu terdahulu.
Tanpa berlengah, individu yang awalnya mengatakan dia ingin mencuba perkara terbabit, terus melangkah dua kali di atas kubur berkenaan sambil ketawa sebelum seorang lagi itu berkata ‘bodoh’.
Lebih dianggap biadap, apabila dia memaksa individu yang memberitahu kisah berkenaan supaya turut melangkah.
“Tak nak, tak nak,” kata individu terbabit.
“Kau try (cuba) juga aku tak kira, kau try juga, kejap je,” paksanya sambil menarik tangan individu terbabit yang akhirnya berbuat demikian.
Selepas itu, individu terbabit bertanya kepada yang memaksanya apa harus dilakukan sekiranya pemilik kubur itu mencari mereka.
“Kalau dia cari kita macam mana,” katanya.
“Jalan jalan jalan pergi tempat yang kita nak pergi,” ujar individu berkenaan.
Rata-rata netizen berang dan menganggap kedua-duanya sangat bodoh apabila bukan sahaja melakukan tindakan kurang ajar itu, malah berkongsi rakaman video berkenaan di media sosial.
“Allah mana lah adabnya ni,” kata @under_maintain.
“Nanti keluar video minta maaf sambil pakai telekung depan kamera’,” tulis @syafilanseyo.
“Kalau itu kubur palsu sekalipun, diaorang ni memang bodoh, dah lah mencarut dekat kawasan perkuburan…” ujar seorang pengguna.
“Sanggup buat benda bodoh demi nak viral (tular), demi content (kandungan), tak kelakar langsung lah wei,” komen individu lain.
“Dah cakap kalau bodoh tu jangan nak tunjuk sangat dekat orang, lepas tu siap rekod lagi. Memang nak kena maki dengan orang awam,” menurut seorang netizen.
“Kubur tu nampak fake (palsu), tapi bodoh tu nampak real (benar) betul,” kata @404demnn. – 25 Mei, 2024