[TONTON] Trick Lama: Veteran media lancar podcast kupas hal ehwal semasa negara

Datuk Zainul Arifin, Datuk Ahirudin Attan (Rocky Bru) dan Terence Fernandez membawa pengalaman berdekad-dekad ke hadapan dalam wacana sosio-politik Malaysia

10:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam dunia politik, tiada helah baharu.

Dihidupkan semula daripada siaran GBU (The Good, The Bad and The Ugly), muncullah audio siar (podcast) yang kini dikenali sebagai Trick Lama dan ia lebih baik daripada sebelumnya.

Podcast ini sekali lagi diterajui oleh trio berpengalaman Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (lebih dikenali sebagai Rocky Bru) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Terence Fernandez.

Secara kolektif, Trick Lama menampilkan tiga bekas wartawan berpengalaman yang mempunyai akses kepada para pemain utama yang membentuk landskap sosio-politik dan ekonomi negara.

Dalam episod pertama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membincangkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia, pengharaman kandungan di TikTok dan salah faham komunikasi, kegagalan komunikasi dan kekurangan komunikasi daripada pelbagai kementerian dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga berkongsi pandangannya mengenai masa depan PKR dan aspirasi peribadi untuk kerjaya politiknya.

Melalui perbincangan dinamik, Trick Lama menyelami berita, hal ehwal semasa dan politik terkini Malaysia dari platform kami.

Trick Lama boleh diakses di platform terkemuka seperti Spotify, Apple Podcasts, YouTube dan semua saluran media sosial utama.

Sertai kami dan bersama-sama kita kemudi dan bongkar kerumitan landskap Malaysia yang sedang berubah ini. – 24 Mei 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related