Saya tidak pernah sahkan Faisal naik Toyota Vellfire: Ketua Polis Negara

Polis sebelum ini hanya memaklumkan kejadian berlaku apabila Faisal berjalan menuju ke arah kenderaan miliknya

7:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengesahkan laporan kenderaan dinaiki Faisal Halim adalah Toyota Vellfire sewaktu kejadian simbah asid yang menimpa penyerang Selangor FC itu pada 5 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan yang tular tidak mempunyai pengesahan daripada mana-mana pihak polis yang bertanggungjawab dalam siasatan kes terbabit.

Menurutnya, polis sebelum ini hanya memaklumkan kejadian berlaku apabila Faisal berjalan menuju ke arah kenderaan miliknya.

“Dari saya (Ketua Polis Negara); Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain atau Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai kereta digunakan Faisal.

“Apa yang didedahkan sebelum ini, Faisal sedang berjalan ke arah keretanya dan suspek dipercayai menunggang motosikal.

“Tidak timbul isu bercanggah laporan dikeluarkan polis. Ia dilaporkan media, tidak tahu sumber mereka dari mana,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, pihak media berkenaan akan membuat permohonan maaf atas kesilapan tersebut.

Semalam, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian menimpa Faisal di media sosial.

Dalam klip rakaman kelihatan seorang lelaki disyaki penyerang dalam kejadian itu bersembunyi di belakang sebuah kenderaan di tempat parkir kenderaan sebuah bangunan.

Kemudian kelihatan kelibat Faisal sedang berjalan diekori seorang wanita di belakang dipercayai isterinya menuju ke arah sebuah kereta.

Lelaki yang bersembunyi di belakang kenderaan itu kemudian keluar dari belakang kenderaan dan mengekori Faisal sebelum menyimbah sesuatu ke arahnya sebanyak dua kali.

Faisal dilihat cuba mengelak daripada terkena simbahan sebelum dilihat lari dari tempat kejadian untuk menyelamatkan diri.

Penyerang yang bertopi dan berpelitup muka itu kemudian dilihat melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang siap sedia menunggunya tidak jauh dari tempat kejadian. – 24 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related