Isteri polis mengaku tidak bersalah cederakan suami, ibu mentua guna racun

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 10 tahun

4:17 PM MYT

 

KUANTAN — Isteri seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menggunakan racun terhadap suami dan ibu mentuanya, lima tahun lepas.

Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap suaminya di sebuah rumah di Lorong Seri Kuantan 23 di sini, pada Julai 2019.

Bagi pertuduhan kedua, wanita berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap ibu mentuanya di sebuah rumah penjagaan warga emas di Sara’s Home for The Aged di Lorong Seri Kuantan 59 di sini, pada Jun 2020.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Aqharie Durranie Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Bob S. Arumugam.

Terdahulu, Raja Zaizul Faridah mencadangkan wang jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis terdekat dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan. 

Bagaimanapun, peguam tertuduh merayu jaminannya dikurangkan kerana tertuduh merupakan seorang ibu kepada dua anak yang masih bersekolah berusia 12 dan 15 tahun.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh untuk membayar jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan, menyerahkan pasport antarabangsa dalam masa tujuh hari kepada mahkamah serta tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan sehingga selesai perbicaraan. 

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Jun ini. – 24 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related