Asing kubur suspek dibolehkan, tidak bercanggah syariat: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan perjelas kekeliruan

Penjelasan itu diberikan susulan masih timbul persoalan sama ada pengasingan jenazah suspek beragama Islam dibolehkan

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Arahan mengasingkan kubur pelaku kes jenayah, dibolehkan atas pertimbangan pemerintah yang tertakluk kepada maslahat, iaitu mendatangkan manfaat dan mengelakkan kemudaratan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan, pengasingan itu sebagai peringatan kepada orang lain agar tidak mengulangi perbuatan sama.

“Tindakan terbabit juga tidak bercanggah dengan syariat, bahkan bertepatan dengan fatwa sebahagian ulama untuk mengebumikan orang fasiq di kubur berasingan daripada muslim lain,” katanya menerusi kenyataan.

Kenyataan itu sebagai menjawab persoalan dikemukakan seorang individu mengenai adakah pengasingan jenazah suspek insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini dibolehkan seperti dilaporkan berita.

“Baru-baru ini saya melihat di berita bahawa jenazah suspek insiden serangan bersenjata diasingkan dari kubur orang Islam lain untuk memberi ancaman kepada orang lain, agar tidak mengulangi perbuatan terbabit. Adakah cara ini dibolehkan?” soalnya.

Pada 20 Mei lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram hingga mengorbankan dua anggota bertugas, perlu berjauhan dari kubur orang awam lain.

Jawatankuasa itu menerusi kenyataan berkata, pihaknya berpendapat tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding kubur orang awam lain, sebagai peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara dilakukan suspek.

Bagaimanapun, ada komen di media sosial bertanyakan adakah keputusan itu benar-benar wajar atau terdapat pengecualian ketetapan terbabit dilaksanakan.

Pertanyaan itu diberikan atas beberapa alasan, termasuk simpati terhadap suspek dan dibimbangi mengundang pandangan tidak baik terhadap Islam.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan menyerang orang lain dengan senjata dikira sebagai perbuatan hirabah yang menjadi dosa besar dan boleh dikenakan hudud.

“Berkaitan isu ini, perbuatan mengasingkan kubur suspek serangan bersenjata sebagai peringatan kepada masyarakat tidak ada disebut secara khusus ulama, namun ia boleh disamakan dengan fatwa pengasingan kubur orang yang meninggalkan solat seperti dinyatakan al-Allamah Abdul Rahman bin Muhammad al-Masyhur.

“Ia juga boleh dikaitkan dengan contoh pada zaman Nabi SAW di mana baginda tidak menunaikan solat jenazah ke atas orang membunuh diri, dengan ia disebut dalam sebuah hadis diriwayatkan Jabir bin Samurah,” katanya.

Tegasnya, Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis itu mengatakan perbuatan Nabi SAW yang tidak solatkan jenazah terbabit adalah sebagai peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara sama.

“Justeru, tindakan pengasingan terbabit, dibolehkan dan ia dilakukan atas dasar pertimbangan serta kebijaksanaan pemerintah yang mesti lah, tertakluk maslahat masyarakat.

“Pengebumian di dalam rumah dan tanah perkuburan adalah harus, namun pengebumian di tanah perkuburan itu lebih afdal secara sepakat ulama.

“Makna rumah (disebutkan itu) termasuk juga kebun atau mana-mana tempat lain yang bukan tanah perkuburan,” katanya. – 24 Mei, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Related