Polis masih kenal pasti motif serangan asid Faisal Halim: Razarudin

Fokus kini mencari identiti suspek menerusi sebaran lakaran fotofit hasil daripada maklumat dan informasi tiga individu yang berada di lokasi kejadian, selain ke arah gambar video CCTV

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis masih berusaha mengenal pasti motif serangan terhadap pemain bola sepak Kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada 5 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, fokus pihaknya kini adalah mencari identiti suspek menerusi sebaran lakaran fotofit hasil daripada maklumat dan informasi tiga individu yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, setakat ini seramai 23 saksi sudah dipanggil bagi dirakam keterangan namun beliau tidak menolak ada yang akan dipanggil semula, bergantung kepada keperluan siasatan.

“Motif serangan, (kita) belum sampai kepada itu. Pasal lepas itu ada lagi kes pemain bola, kena pecah rumah, tetapi yang ini saya rasa penjenayah pun dah intai, bila pergi latihan, bila akan balik.

Penyiasatan kita ke arah gambar video (CCTV) yang kita guna (untuk siasatan). Katakanlah, satu saksi cakap berbeza berbanding footage itu, kita akan panggil saksi tu balik, untuk kita tambah atau perbetulkan kenyataan sebelum ini.

“Mungkin masa kejadian kita pun kelam kabut, kita pun tak perasan apa yang berlaku, begitu juga orang yang ditangkap tapi tak terlibat kita bagi jaminan, sekiranya kita ada siasatan lain kita boleh panggil,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ditanya sama ada wujud sebarang kaitan terancang antara kes serangan terhadap Faisal dan seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid, Razarudin berkata, sukar untuk menentukannya selagi tidak mengetahui motif serangan .

“Kenapa tak tanya kes Akhyar, Faisal sekali dengan (kes) di Johor?

“Kalau kita dapat motif, mungkin kita boleh cakap benda ini, adalah satu kejadian yang dirancang untuk dijadikan satu jenayah. Pemain bola ni, pada (mata) penjenayah, duit dia banyak,” katanya.

Penyiasatan kes Faisal terarah kepada gambar video (CCTV) yang diguna untuk siasatan, selain mencari identiti suspek menerusi sebaran lakaran fotofit hasil daripada maklumat dan informasi tiga individu di lokasi kejadian. – Abdul Razak Latif/Scoop, 24 Mei, 2024

Beliau berkata, dalam kes terbabit pihaknya menahan tiga individu dan kesemua mereka dibebaskan selepas didapati tidak mempunyai kaitan namun akan dipanggil semula sekiranya dirasakan perlu.

“Tangkapan ketiga yang dilakukan di kawasan kediaman Faisal Halim tidak didedahkan selepas siasatan mendapati individu terbabit disahkan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan sekitar kediamannya,” katanya.

Ditanya mengenai fotofit suspek, beliau berkata, buat masa ini masih belum ada mana-mana pihak tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan berdasarkan fotofit yang didedahkan pihak polis.

“Proses mengesan cap jari pelaku juga tidak banyak membantu dalam mengesan suspek selepas hanya tiga daripada lapan cap jari yang diperoleh didapati sempurna manakala bakinya sukar dikesan.

“Oleh yang demikian, pihak polis amat mengalu-alukan maklumat orang ramai terutama saksi kejadian yang tahu tentang individu yang dikesan berdasarkan lakaran wajah suspek,” katanya.

PDRM baru-baru ini turut mengedarkan satu lakaran fotofit suspek yang dikenal pasti memakai topi celoreng tentera dan pelitup muka bercorak ketika kejadian.

Selain itu, suspek dianggarkan berusia 30 tahun, berketinggian 165 sentimeter (sm) dengan saiz susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang. – 24 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related