Kemelut Kg Sg Baru: Pertemuan pemaju, penduduk cetus ketegangan

Mesyuarat dibuat pada saat akhir di Temu Hotel di sini itu hanya berlangsung kira-kira 15 minit

9:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertemuan dan perbincangan antara penduduk Kg Sg Baru dengan pemaju hartanah swasta, Ritzy Gloss Sdn Bhd hari ini, berhubung projek pembangunan semula di kawasan berkenaan menyaksikan berlaku ketegangan.

Mesyuarat dibuat pada saat akhir di Temu Hotel di sini itu, dihadiri pengarah syarikat, Abdul Hadi Ahmad serta kira-kira 15 pemilik rumah dan flat.

Perjumpaan antara penduduk Kg Sg Baru dengan syarikat pemaju Ritzy Gloss yang dirancang pada saat akhir itu bermula tenang sebelum terpaksa diakhiri selepas timbul ketegangan. – Gambar Riduan Ahmad/Scoop, 23 Mei, 2024

Walaupun mesyuarat itu dikatakan diadakan untuk meredakan kebimbangan penduduk mengenai projek terbabit, situasi tenang pada awalnya bertukar tegang apabila Hadi kelihatan hilang sabar semasa berurusan dengan seorang penduduk warga emas.

Hadi menumbuk meja selepas beliau berulang kali disoal seorang penduduk, yang kemudian bertindak balas dengan berdiri dan mengkritik pegawai korporat itu dengan lantang.

Penduduk itu mendakwa Hadi menafikan hak penduduk setempat mendapatkan pampasan adil sebagai pertukaran kepada hak milik tanah mereka, selain enggan menangani kebimbangan mengenai penggunaan Akta Pengambilan Tanah (LAA) 1960 yang dipersoalkan bagi urusan menuntut tanah untuk projek terbabit.

Sebagai respon kepada kata-kata penduduk itu, Hadi memilih untuk tidak menjawabnya.

Di tengah kekecohan, kakitangan hotel dan pegawai keselamatan dilihat cuba meredakan situasi yang akhirnya, menyaksikan penduduk bertindak meninggalkan mesyuarat selepas 15 minit ia bermula.

Penduduk kemudian memberitahu Scoop bahawa mereka hanya dimaklumkan mengenai mesyuarat itu beberapa jam sebelumnya, ketika Hadi melawat kawasan berkenaan.

Terdahulu, pagi ini, bekalan air ke flat di kawasan berkenaan dipotong, menyebabkan keresahan dalam kalangan penduduk yang masih menetap di kediaman mereka.

Menyatakan bekalan air ke rumah teres dijangka dipotong dalam dua minggu akan datang, penduduk turut mempersoalkan tindakan itu, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berjanji untuk meneliti isu berkaitan projek terbabit.

Terletak berhampiran Saloma Link dan stesen transit aliran ringan (LRT) Kg Baru, Kg Sg Baru terdiri daripada 98 rumah teres pegangan pajak dan 264 unit flat merangkumi lapan blok.

Daripada jumlah keseluruhan hartanah di kawasan itu, 27 pemilik rumah teres dan 192 unit flat menerima tawaran daripada pemaju secara sukarela.

Ketika 2021, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) meluluskan permohonan Ritzy Gloss untuk kerajaan mengambil pemilikan rasmi tanah di kawasan berkenaan di bawah LAA, menyaksikan 37 rumah teres dan 72 unit flat berdepan pengambilan secara paksa.

Pemilik hartanah menegaskan, memandangkan nisbah ekar tanah mereka lebih tinggi daripada penduduk terbabit, undian mereka dalam perkara itu, seharusnya diutamakan berbanding pemilik flat dalam perumahan strata.

Sebelum ini, pakar kerajaan tempatan Derek Fernandez memberitahu Scoop bahawa Seksyen 3(1)(c) LAA, yang digunakan kerajaan untuk mengambil alih tanah Kg Sg Baru, mesti dibaca bersama seksyen-seksyen lain dalam undang-undang terbabit untuk perintah pengusiran menjadi sah.

Beliau menambah bahawa kegagalan berbuat demikian, akan menimbulkan keraguan sama ada penduduk dipaksa mematuhi notis pengusiran yang dikeluarkan pentadbir tanah Kuala Lumpur pada pelbagai kesempatan.

Selepas menjadi Perdana Menteri, Anwar menangguhkan kesinambungan projek terbabit pada Januari tahun lalu, sementara menunggu rundingan dengan penduduk dan pihak berkepentingan.

Manakala, Scoop sebelum ini bercakap dengan penduduk Kg Sg Baru, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan seorang peguam yang mewakili Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kg Sg Baru mengenai isu yang mempengaruhi kawasan berkenaan. – 23 Mei 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related