Tidak perlu label UiTM ‘akademi aparteid’, IPT negara cukup untuk semua kaum

Wanita Umno meminta seluruh rakyat Malaysia menggunakan hak kebebasan bersuara secara bertanggungjawab

5:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai jumlah institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk universiti awam (UA) mencukupi untuk semua kaum.

Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata, justeru polemik cuba dicetuskan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dengan melabelkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai ‘akademi aparteid’, adalah tidak perlu.

“Jumlah UA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini, mampu menampung pelajar daripada semua kaum, termasuk bukan Bumiputera,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, justeru Wanita Umno meminta seluruh rakyat Malaysia menggunakan hak kebebasan bersuara secara bertanggungjawab.

“Seluruh rakyat Malaysia diminta berhenti mempersenda perihal agama, bangsa dan keturunan, sehingga menjejaskan keharmonian kaum di negara ini,” katanya.

Noraini berkata, matlamat asal penubuhan UiTM sebagai universiti khusus untuk menjaga kepentingan pelajar Bumiputera, harus kekal dan tidak wajar diganggu gugat mana-mana pihak.

“Agenda UiTM untuk meningkatkan penyertaaan masyarakat Bumiputera dalam bidang pendidikan tinggi dan profesional, adalah sebahagian daripada mercu tanda pendidikan negara serta ia harus dikekalkan keasliannya,” katanya.

Semalam, Malaysiakini menerbitkan artikel tulisan kolumnisnya, Andrew Sia bertajuk ‘Our apartheid academy, UiTM’ yang turut mempersoalkan adakah UiTM harus dinamakan semula sebagai ‘Universiti Tempat Melayu’.

Aparteid dikatakan sebagai dasar segregasi kaum yang begitu zalim, iaitu memuliakan kaum orang putih berbanding kulit hitam di Afrika Selatan. – 23 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related