UiTM dilabel Akademi Aparteid: Pemuda Umno lapor polis esok, tuntut kolumnis mohon maaf

Beliau menganggap gelaran Akademi Aparteid diberikan kepada UiTM menerusi artikel disiarkan Malaysiakini itu, sebagai keceluparan wajib diajar

4:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap Malaysiakini dan penulis artikel portal itu, Andrew Sia berhubung satu artikel yang menggambarkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai ‘Akademi Aparteid’.

Bercakap kepada Scoop, Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, laporan itu akan dibuat seluruh anggota parti itu esok.

“Laporan polis akan dilakukan pada esok hari,” katanya.

Hari ini, Dr Akmal menerusi video dan kenyataan di Facebook mendesak Malaysiakini menurunkan artikel itu segera.

Beliau turut menggesa penulis artikel berkenaan, Andrew Sia membuat permohonan maaf.

Namun, ketika ditanya adakah kedua-dua pihak itu ada menghubunginya untuk memenuhi tuntutan diminta Pemuda Umno, Dr Akmal memaklumkan tiada.

“Setakat ini tiada,” katanya.

Semalam, Malaysiakini menerbitkan artikel tulisan Andrew bertajuk ‘Our apartheid academy, UiTM’ dengan turut mempersoalkan adakah UiTM harus dinamakan semula sebagai ‘Universiti Tempat Melayu’.

Menganggap gelaran Akademi Aparteid diberikan kepada UiTM itu sebagai keceluparan wajib diajar, Dr Akmal berkata beliau jelik dengan pemikiran kononnya berpaksikan pada ‘kebebasan bersuara’ yang semakin galak meracuni perpaduan Malaysia.

“Penulis ini dengan mudah dan sewenang-wenangnya menuduh institusi pengajian keramat bangsa Melayu, UiTM, sebagai sebuah ‘Akademi Aparteid’.

“Berdasarkan ulasan beliau, rumusannya UiTM digambarkan sebagai sebuah legasi sifat perkauman Melayu yang benci dan zalim kepada kaum lain.

“Begitulah legasi warisan benteng terakhir bangsa kita dihina pada zaman kini,” katanya.

Dr Akmal berkata, aparteid adalah dasar segregasi kaum yang begitu zalim, iaitu memuliakan kaum orang putih berbanding kulit hitam di Afrika Selatan.

Menurutnya, aparteid adalah dasar kejam yang dibenci semua termasuklah Umno dan seluruh orang Melayu.

Justeru, katanya, apabila tuduhan keji seperti itu dilemparkan kepada UiTM, apakah hati golongan Melayu dan Bumiputera ‘tidak terbakar’?

“Institusi ini dibangunkan bukan untuk menindas kaum lain tetapi hanyalah untuk membela Bumiputera yang ketinggalan di dalam negara sendiri. Inilah semangat di belakang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adakah UiTM simbol penindasan kepada kaum lain? Sudah tentu tidak. Kerajaan Malaysia majoritinya orang Melayu ini, tetap sahaja membenarkan pendidikan ‘tanah asal’ seperti di SJK(C) dan di SJK(T) yang bukan sahaja dibenarkan, tapi disokong melalui peruntukkan kerajaan.

“Siapa yang sejak awal membelah perpaduan melalui pendidikan ini? Itupun kita terima dengan berlapang dada sebab kita tahu kepentingan membela hak budaya. Belum lagi dikira sekolah menengah Cina persendirian yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, apabila wujud desakan untuk menghilangkan semangat UiTM ini, memang pihaknya dan seluruh kaum Melayu sensitif serta berhati-hati.

“Bangsa Melayu adalah bangsa pemaaf dan terbuka, tapi kalau hari-hari dihina sebegini, mengapa masih terkejut apabila kami susah menerima cadangan keterbukaan biarpun hanya sedikit.

“Orang Melayu yang tidak terbakar jiwa membaca tuduhan Akademi Apartheid ini, tepuklah dada dan carilah di mana hilangnya jati diri anda,” katanya. – 23 Mei, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related