Peguam wakili 131 pekebun Musang King diarah buat semula permohonan perintah interim

Pada 24 April lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman 131 pekebun Musang King sekitar Raub terhadap keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah

2:39 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan pihak peguam mewakili 131 pekebun Musang King sekitar Raub membuat semula permohonan bagi perintah interim menghalang keputusan Kerajaan Negeri Pahang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah.

Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali yang mengetuai panel tiga hakim berkata, keputusan sebulat suara itu diputuskan selepas mendapati permohonan itu dibuat di bawah Subseksyen 44 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang mana haruslah didengar di hadapan seorang hakim Mahkamah Rayuan sahaja.

“Kami bersetuju dengan hujahan dibuat peguam mewakili responden enam (Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd) yang boleh diguna pakai oleh peguam lain. Permohonan di bawah Subseksyen 44(1) Akta Mahkamah Kehakiman haruslah didengar di hadapan seorang hakim Mahkamah Rayuan sahaja.

“Walau bagaimanapun daripada kronologi yang berlaku, kami bersetuju dengan permintaan pihak peguam pemohon agar tindakan ini ditangguhkan dan dikembalikan kepada pihak pendaftar Mahkamah Rayuan untuk tindakan susulan.

“Dan, pendirian ini adalah selari dengn hujahan peguam responden yang mengatakan bahawa kami sebagai panel tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar.

“Dengan itu tindakan ini dikembalikan kepada pihak pendaftar Mahkamah Rayuan dan kami juga tidak membuat sebarang perintah untuk kos bagi prosiding hari ini malah tiada perintah untuk sebarang stay (penangguhan sementara),” katanya.

Selain Che Mohd Ruzima, dua lagi panel hakim adalah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.

Pada 24 April lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman 131 pekebun Musang King sekitar Raub terhadap keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah.

Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin berkata, Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.

Sementara itu Saiful Edris berkata, tidak sepatutnya permohonan interim dibuat pemohon kerana tanah terbabit milik kerajaan dan berdasarkan undang-undang tidak boleh benarkan ia diceroboh.

“Jadi tiada asas untuk permohonan perintah interim itu dengan alasan mereka mahu masuk sementara untuk membaja dan merawat pokok.

“Arahan sangat jelas berlandaskan undanng-undang bahawa tidak boleh benarkan penceroboh memasuki tanah itu, pada kami asas permohonan interim itu tidak adil dan mohon ditolak,” katanya.

Sementara itu 131 pekebun terbabit diwakili peguam Siew Choon Jern, Chen Chiu Hua, Lim Pit Feng dan Brendan Siva.

Pada 2020, mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang telah ditanam dengan pokok durian Musang King sekitar Raub termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Mereka menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.

Selain menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga ingin membuat semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan serta hak penggunaan tanah terbabit kepada Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Pekebun terbabit juga ingin menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terbabit kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd. – 23 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related