Polis giat buru dua suspek disyaki pecah masuk rumah pemain bola sepak Selangor

Suspek ada mengambil empat beg berjenama dan salah seorang daripadanya bertindak membawa keluar dan melarikan motosikal jenis Yamaha Y15R milik mangsa

11:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menggiatkan usaha mengesan dan menangkap dua suspek yang disyaki memecah masuk kediaman pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati suspek datang ke rumah mangsa menaiki sebuah kenderaan jenis MPV berwarna putih.

“Suspek ada mengambil empat beg berjenama dan salah seorang daripadanya bertindak membawa keluar dan melarikan motosikal jenis Yamaha Y15R milik mangsa.

“Kerugian lebih kurang RM15,000 termasuk motosikal yang dilarikan suspek itu. Semasa kejadian mangsa dan ahli keluarganya tiada di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pecah masuk dibuat mangsa pada jam 11.30 malam tadi.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan denda.

“Pihak polis sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek pada kadar segera. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Laymand Rayne di talian 014-6907071,” katanya.

Terdahulu Scoop melaporkan, kediaman pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk ketika dia menjalani sesi latihan bersama pasukan petang semalam.

Perkara itu dikongsi Khuzaimi menerusi laman media sosial Instagram sambil mengepilkan salinan laporan polis dibuatnya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Dalam laporan polis itu, Khuzaimi mendakwa, dia bergerak ke pusat latihan pada jam 2 petang dan apabila tiba di rumahnya pada jam 9 malam, didapati pintu depan dan belakang rumah telah terbuka. – 23 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related