Tidak timbul ‘jika dilaksana’, henti bincang buka UiTM kepada bukan Bumiputera

Klausa tertera dalam peruntukan undang-undang itu memaklumkan, penubuhan UA berkenaan, adalah khusus untuk kemasukan Melayu serta anak Sabah dan Sarawak

10:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu membuka ‘pintu’ Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan Bumiputera, tidak seharusnya terus diperdebat atau dibincangkan, memandangkan tiada klausa dalam undang-undang Perkara 153 membenarkannya.

Bercakap kepada Scoop, Presiden Persekutuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) Malaysia, Saiful Azhar Shaharun berkata, tidak sepatutnya timbul persoalan, ‘jika’ UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera kerana ia tidak boleh berlaku berdasarkan perlembagaan itu.

Presiden Persekutuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) Malaysia, Saiful Azhar Shaharun. – Gambar Bernama, 22 Mei, 2024

“Persoalan ‘jika dilaksana’ ini sebenarnya tak patut timbul pun, persoalan itu tak sepatutnya pun ada sebab bagi saya, akta UiTM sendiri pun tak boleh (benarkan) sebab kita guided by (dipimpin oleh) Perkara 153.

“Perkara 153 ini memperuntukkan UiTM untuk Bumiputera serta anak negeri Sabah dan Sarawak, jadi persoalan ‘jika dilaksana’ saya tak nampak patut timbul, sebab memang tak boleh dilaksana,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM, khususnya berkaitan cadangan segelintir pihak supaya ia dibuka kepada tujuh pegawai perubatan dalam kalangan golongan itu.

Ia bagi membolehkan mereka menyambung pengajian ke program latihan parallel pathway dalam pembedahan kardiotorasik, sekali gus melayakkan sijil yang diperolehi mereka dari institusi luar negara sebelum ini, diiktiraf Malaysia.

Menurutnya, klausa tertera dalam peruntukan undang-undang itu memaklumkan, penubuhan universiti awam (UA) berkenaan, adalah khusus untuk kemasukan Melayu serta anak Sabah dan Sarawak.

“UiTM ini adalah keistimewaan golongan Bumiputera dan penubuhannya untuk melahirkan golongan profesional dan teknokrat Bumiputera, iaitu Melayu dan anak negeri Sabah, Sarawak,” katanya.

Saiful Azhar berkata, berhubung pendirian mengenai isu cadangan kemasukan pegawai perubatan pembedahan kardiotorasik itu, PAUiTM juga berpegang teguh kepada pendirian dan kenyataan Naib Canselor, Profesor Datuk Shahrin Sahib @ Sahibuddin.

“Apa Naib Canselor maklumkan, saya punya pandangan sama dengan beliau, apa saja keputusan dibuat kerajaan, UiTM sebagai pelaksana, kenyataan saya sama sahaja dengan Naib Canselor,” katanya.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, selain kepentingan sah kaum lain yang bergelar warganegara Malaysia.

UiTM sejak dahulu menegaskan, institusi berkenaan kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya menerima kemasukan pelajar Bumiputera.

Terdahulu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), merayu agar UiTM mengutamakan kepentingan kesihatan awam dengan membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotorasik kepada pelajar bukan Bumiputera bagi mengatasi kekurangan pakar dalam bidang terbabit.

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz berkata, sekiranya universiti itu boleh membuka pintunya kepada pelajar antarabangsa, tidak ada masalah untuk ia membenarkan rakyat Malaysia melanjutkan pengajian di institusi berkenaan, terutama bagi memenuhi keperluan mendesak pakar kardiotorasik

Rayuan itu menimbulkan ketidakpuasa hati beberapa pihak, termasuk alumni, selain Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM yang melancarkan kempen bantahan pembukaan universiti itu kepada bukan Bumiputera.

Menerusi kempen itu, MPP menggesa semua pelajar agar memakai pakaian berwarna hitam pada 16 Mei lalu.

Shahrin berkata, dasar pengambilan pelajar sedia ada universiti itu, adalah kekal dan tiada perbincangan di Senat mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti untuk membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera.

Tegasnya, UiTM berpegang teguh Fasal 1A Akta 173. menyatakan ia ditubuhkan menurut dan mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Manakala, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menegaskan, isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di UiTM tidak dibincangkan kementerian itu atau Kabinet.

Ujarnya, isu itu dipolemik dan dimainkan pihak yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM. – 22 Mei, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related