Pemandu kereta ditimpa tayar lori tercabut, kini parah, belum sedarkan diri

Mangsa dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neurologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

8:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tersepit selepas sebuah tayar lori tercabut dan melantun ke atas kereta yang dipandunya, di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, Isnin lalu, kini masih belum sedarkan diri.

Menurut rakannya yang dikenali sebagai Syarafi Zabari, dia masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neurologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Keadaan mangsa masih belum sedarkan diri. Masih berada di ICU Neurologi HKL,’’ katanya ringkas kepada Scoop hari ini.

Dalam kejadian pada Isnin lepas, Bomba mengambil masa selama hampir 40 minit untuk mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit selepas sebuah tayar lori tercabut dan melantun ke atas kereta yang dipandunya, di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, Isnin lalu.

Pegawai Bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas, Azlim Sudin ketika dihubungi Scoop berkata, pihaknya yang tiba di tempat kejadian pada 7.20 pagi itu terpaksa menggunakan menggunakan peralatan pemotong hidraulik dan lelaki itu dibawa keluar dari keretanya dalam keadaan sedar.

“Kemalangan tersebut berlaku melibatkan dua kenderaan jenis Proton Iriz dan Proton Saga.

“Seorang lagi mangsa adalah wanita yang menaiki Proton Saga berusia 20-an, berjaya diselamatkan dan dikeluarkan oleh orang awam di tempat kejadian dan tidak mengalami sebarang kecederaan,’’ katanya di sini hari ini.

Difahamkan lori yang terlibat dalam kejadian itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 50 tahun dan dalam perjalanan dari arah Rawang menghala ke Sungai Besi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Suffian Abdullah berkata, lelaki berusia 31 tahun yang juga penjawat awam itu parah dan kini dirawat di HKL.

“Pemandu kereta lain yang terbabit kemalangan tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan. – 22 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related