Serangan Ulu Tiram: Dua penuntut IPT dibebas tanpa syarat

Bagaimanapun siatasan terhadap lima lagi individu yang juga ahli keluarga suspek masih diteruskan memandangkan tempoh reman mereka akan tamat pada 24 Mei ini.

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang direman bagi membantu siasatan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada awal pagi Jumaat lalu, dibebaskan tanpa syarat, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, pembebasan dua pelajar terbabit dilakukan selepas mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Polis Johor mengesahkan dua pelajar masing-masing berusia 22 dan 21 tahun yang juga penuntut sebuah kolej swasta serta institusi latihan yang ditahan pada 17 Mei lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, sudah dibebaskan.

“Mereka berdua dibebaskan tanpa syarat, semalam, selepas mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kumar berkata, bagaimanapun siatasan terhadap lima lagi individu yang juga ahli keluarga kepada suspek masih diteruskan memandangkan tempoh reman terhadap mereka akan tamat pada 24 Mei ini.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, memanipulasi fakta atau komen di media sosial berkenaan insiden itu sehingga boleh menggugat ketenteraman awam dan mengganggu siasatan polis,” katanya.

Dalam kejadian serangan awal pagi Jumaat lalu, tiga disahkan maut membabitkan dua anggota polis berusia 22 dan 24 tahun serta suspek berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam insiden itu.

Koperal Mohd Hasif Roslan yang dilaporkan parah pula kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Sabtu lalu, media melaporkan tujuh individu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram.

Tujuh individu terbabit termasuk lima ahli keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun yang ditahan sejak Jumaat lalu, berikutan serbuan di kediaman mereka selepas kejadian.

Turut direman ialah dua penuntut IPT yang hadir di balai polis sebelum kejadian, kerana dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan. – 22 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related