RSF akui lihat Malaysia negara contoh kebebasan media di Asia Tenggara: Fahmi

RSF turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi meningkatkan aspek kebebasan media di negara ini

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Badan pemantau kebebasan akhbar, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengakui melihat Malaysia sebagai negara contoh untuk kebebasan media di rantau Asia Tenggara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, RSF turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi meningkatkan aspek kebebasan media di negara ini.

Menurutnya, jemputan sudah dipanjangkan kepada RSF untuk bersama menghadiri sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini.

“Saya tak marah kepada RSF (berkait ranking kebebasan media), malah RSF tidak terkilan dengan kenyataan saya, sebaliknya mereka maklum sedia untuk bekerjasama.

Fahmi Fadzil ketika menjadi tetamu jemputan untuk segmen podcast PodaBoom oleh Scoop, baru-baru ini. Ia dihoskan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez (dua dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zainul Arifin (kanan) dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (Rocky, kiri) – Azim Rahman/Scoop, 23 Mei, 2024

“Jadi saya minta Bernama panjangkan jemputan kepada pihak RSF untuk hadir ke Hari Wartawan Nasional di Kuching. Mereka (RSF) kata ya, sangat gembira untuk hadir.

“Yang saya nampak, pihak RSF mengakui mereka melihat Malaysia sebagai negara contoh untuk kebebasan media di rantau Asia Tenggara. Ini bukan saya cakap, tapi pihak RSF,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai tetamu jemputan untuk segmen podcast PodaBoom oleh Scoop, baru-baru ini.

Ia dihoskan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zainul Arifin dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (Rocky).

Terdahulu, laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan RSF pada 3 Mei lalu, menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga ke kedudukan 107 berbanding 73 pada tahun lalu, dengan memperoleh skor 52.07 mata.

Buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, Malaysia tidak mendahului dalam ranking negara Asean dengan Thailand berada di tempat ke-87.

Mengulas mengenai laporan berkenaan, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, RSF memaklumkan ranking itu ditentukan berdasarkan maklum balas responden yang mengisi sejumlah dokumen atau survey (tinjauan).

Kata Fahmi, RSF memaklumkan ranking yang dikeluarkan ditentukan berdasarkan maklum balas responden yang mengisi sejumlah dokumen atau survey (tinjauan), namun beliau tidak bertanya siapakah para responden badan pemantau itu – Azim Rahman/Scoop, 23 Mei, 2024

“Tapi kadang-kadang kita tertanya-tanya juga, apa yang kita buat sehingga membolehkan kedudukan kita naik 40 anak tangga tahun lepas.

“Jadi dalam pertemuan saya dengan pihak RSF beberapa hari lalu, baru saya tahu, cara perkiraan RSF ialah mereka menghantar survey (tinjauan) dan responden yang isi. Apa-apa perkiraannya berdasarkan apa yang diisi responden ini, jadi itu metadologinya.

“Siapa responden? Saya tidak tanya siapa yang mereka berikan tapi bagi saya, angka ini hanya masuk akal jika kita memahami di mana kita berada, ke mana kita pergi dan ke mana kita percaya kita perlu berada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan melihat dan meneliti langkah dan kaedah terbaik untuk menambah baik aspek kebebasan media.

“Kita nak tengok apa yang kita boleh bandingkan ataupun cadangan RSF yang boleh kita gunapakai.

“Saya tak kata sistem ini adalah sistem terbaik atau kayu ukur terbaik. Mungkin ada beberapa perkara yang jauh berbeza cara mereka melihat kebebasan media dengan kita. Tapi kita melihat dan meneliti apa yang boleh kita lakukan untuk menambah baik.

“Saya tidak berpuas hati, bukan sahaja oleh kedudukan kita tetapi secara umumnya saya tidak puas hati, saya mahu buat lebih,” katanya. – 23 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related