Permit pelawak Singapura dibatalkan Puspal selepas ambil kira laporan polis isu 3R: Fahmi

Tindakan itu juga sebagai peringatan kepada artis dalam dan luar negara supaya tidak menyentuh isu yang boleh mengugat keharmonian negara

2:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembatalan permit persembahan pelawak popular dari Singapura, Sharul Channa di negara ini dilakukan selepas mengambil kira laporan polis berhubung video lama miliknya yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata, pembatalan permit persembahan pelawak itu diputuskan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

“Bukan Kementerian saya yang membatalkan permitnya itu tetapi Puspal yang menerima maklumat daripada polis bahawa beberapa laporan telah dibuat berhubung video pelawak itu dimuat naik semula baru-baru ini.

“Saya difahamkan bahawa video yang dimuat naik baru-baru ini adalah untuk mempromosikan persembahannya yang akan datang di Malaysia. Hasil daripada video itu, beberapa laporan polis telah dibuat, dan laporan itu menyatakan ia berkaitan dengan isu 3R.

“Itu mungkin video lama, tetapi laporan polis merujuk mengenai isu 3R. Jadi Puspal menerima maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan senario tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri malam gala dan sidang media Memoir Seorang Guru di sini, malam tadi.

Terdahulu, Sharul meluahkan kekecewaannya dalam video yang dimuat naik di Facebook selepas permit untuk rancangan komedi “Just Joking” di Pusat Seni Langsung Petaling Jaya dibatalkan Puspal dua hari sebelum acara itu berlangsung.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, tindakan Puspal itu juga sebagai peringatan kepada artis dalam dan luar negara supaya tidak menyentuh isu 3R yang boleh mengugat keharmonian negara.

“Di Malaysia, jika kita menyentuh isu 3R, pihak berkuasa akan bertindak. Itu adalah peringatan yang saya berikan kepada pengguna media sosial serta golongan penggiat seni,” katanya.

Mengenai kes berkaitan video lama pelawak luar negara yang menyentuh isu 3R tetapi sudah memohon maaf sebelum membuat persembahan di sini, Fahmi berkata, ia masih di bawah bidang kuasa pihak polis untuk membuat sisatan. – 21 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related