Iran mula siasatan kenal pasti punca helikopter dinaiki Raisi terhempas

Delegasi yang diketuai oleh Brigadier Ali Abdollahi telah dihantar ke lokasi kejadian dan siasatan telah pun bermula

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Iran memulakan siasatan terhadap nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Hossein Amirabdollahian.

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan bahawa Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Bagheri telah mengarahkan delegasi berpangkat tinggi untuk menyiasat kes itu.

Delegasi yang diketuai oleh Brigadier Ali Abdollahi telah dihantar ke lokasi kejadian dan siasatan telah pun bermula.

“Hasil siasatan akan diumumkan kemudian apabila misi selesai,” lapor IRNA.

Selain Raisi dan Abdollahian, turut berada dalam helikopter tersebut ialah Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati dan Imam Solat Jumaat Tabriz, Ayatollah Mohammad Ali Al-e Hashem.

Terdahulu, media melaporkan sebuah helikopter membawa Ebrahim dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.

Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.

Helikopter dinaikinya itu dipercayai terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad.

Upacara pengebumian Ebrahim akan diadakan bermula hari ini hingga Khamis di bandar Tabriz, Qom, Tehran dan Birjand sehingga pengebumian terakhirnya di Makam Imam Reza di Masshad, menurut media Iran.

Beribu-ribu orang yang berkabung berkumpul di Dataran Valiasr tengah Tehran untuk memberi penghormatan kepada Ebrahim dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian.

Bendera di seluruh Iran dikibarkan separuh tiang dan sepanduk hitam dikibarkan di sebuah pusat ibadat utama Syiah di bandar Qom di selatan Tehran. – 21 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related