Apa alasan utama KTMB benarkan parti liar atas gerabak sewa khas, soal Akmal

Ketua Pemuda Umno itu berkata, memandangkan barisan kepimpinan KTMB rata-ratanya adalah Melayu beragama Islam, justeru penjelasan berhubung perkara itu perlu diberikan

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dr Muhammad Akmal Saleh meminta penjelasan dan alasan utama pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan parti persendirian, festival Pinkfish Express diadakan di atas gerabak sewa khasnya.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, memandangkan barisan kepimpinan KTMB rata-ratanya adalah Melayu beragama Islam, justeru penjelasan berhubung perkara itu perlu diberikan.

“Saya menerima video Pinkfish Express yang mana ada satu parti dijalankan dalam tren di bawah seliaan KTMB. Saya nak minta KTMB membuat penjelasan apakah Pinkfish ini dibenarkan dan apakah alasan kenapa KTMB ini membenarkan parti liar ini berlaku dalam gerabak kereta api di bawah KTMB?

“Adakah alasan KTMB untuk menambahkan pendapatan? Saya tengok barisan CEO, Board of Director semuanya Melayu Islam. Jadi KTMB, saya mohon memberikan penjelasan yang sebaik-baik mungkin. Penjelasan yang tuntas supaya rakyat semua dapat tahu apakah penjelasan, apakah alasan utama KTMB untuk membenarkan parti liar ini dilakukan di dalam gerabak keretapi di bawah KTMB.

“Jadi kepada KTMB kalau alasannya adalah untuk menambahkan ruang ekonomi dan sebagainya, untuk tambahkan pendapatan maka selepas ini bolehlah kita buat semua kita minta buat parti liar dekat dalam bilik CEO juga. Jadi tolong KTMB, kita mahukan penjelasan yang cepat dan tuntas daripada KTMB,” katanya menerusi video berdurasi kira-kira dua minit di TikTok.

Sementara itu, KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (charter train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.

Ia susulan kontroversi penganjuran pesta hiburan sempena ulang tahun ‘Pinkish Festival’ di tren sewa khas yang membuat perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah, Khamis lalu.

Menurutnya, pihak penyewa berkenaan mematuhi syarat ditetapkan oleh KTMB.

“KTMB menetapkan syarat-syarat seperti larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar undang-undang dan ia dipersetujui dan dipatuhi oleh pelanggan kami.

“Peranan KTMB adalah sebagai penyedia perkhidmatan yang mana kami menyediakan keseluruhan tren dan koc mengikut permintaan pelanggan dan aktiviti yang direncana ditentukan sendiri oleh pihak pelanggan mengikut garis panduan dan terma yang ditetapkan,” katanya.

Ujarnya, KTMB memperkenalkan perkhidmatan charter train, sejak September 2021, kepada syarikat atau individu yang berminat untuk membuat sewaan tren khas.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan penumpang mengadakan parti di dalam gerabak KTMB di media sosial dengan lokasinya dipercayai di Kuala Lumpur.

Tindakan itu turut mendapat perhatian Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang menggesa agar aktiviti yang melampaui batas dan mencemarkan imej KTMB tidak wajar diteruskan.

Katanya, budaya berhibur melampaui batas seperti menghadiri kelab malam di atas gerabak sewaaan khas yang ditonjolkan dalam video tular itu tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama KTMB yang merupakan aset negara. – 21 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related