Imam Solat Jumaat Tabriz sempat hubungi ketua kakitangan Presiden Iran sebelum meninggal dunia

Al-e Hashem masih hidup selepas nahas berlaku sebelum meninggal dunia sejam kemudian

10:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Imam Solat Jumaat Tabriz, Ayatollah Mohammad Ali Al-e Hashem pada awalnya terselamat dalam nahas helikopter dinaiki bersama Presiden Iran, Ebrahim Raisi namun meninggal dunia sejam kemudian.

Ketua Organisasi Pengurusan Krisis Iran, Mohammad Hassan Nami berkata, ketika itu, Al-e Hashem sempat menghubungi ketua kakitangan Raisi melalui telefon.

Nami bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai perkara itu.

Pada masa sama, beliau berkata ujian DNA tidak diperlukan untuk mengesahkan identiti kesemua mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Jelasnya, kesemua mayat dapat dikenali walaupun melecur dan sudah dipindahkan ke Pertubuhan Perubatan Undang-undang.

Selain Raisi dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian, turut berada dalam helikopter tersebut ialah Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati dan Al-e Hashem.

Terdahulu, media melaporkan sebuah helikopter membawa Ebrahim dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.

Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.

Helikopter dinaikinya itu dipercayai terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad.

Raisi, 63, dilantik sebagai Presiden pada 2021 dan sejak itu, beliau memperkukuhkan undang-undang moral, selain mengawasi penindasan terhadap protes anti-kerajaan dan mengadakan siri perbincangan mengenai nuklear dengan kuasa dunia.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang memegang kuasa tertinggi dengan kuasa akhir dalam dasar luar dan program nuklear Iran, sebelum ini cuba menenangkan rakyat negara itu dengan menyatakan tidak akan ada gangguan dalam urusan negara.

Upacara pengebumian Ebrahim akan diadakan bermula hari ini hingga Khamis di bandar Tabriz, Qom, Tehran dan Birjand sehingga pengebumian terakhirnya di Makam Imam Reza di Masshad, menurut media Iran.

Beribu-ribu orang yang berkabung berkumpul di Dataran Valiasr tengah Tehran untuk memberi penghormatan kepada Ebrahim dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian.

Bendera di seluruh Iran dikibarkan separuh tiang dan sepanduk hitam dikibarkan di sebuah pusat ibadat utama Syiah di bandar Qom di selatan Tehran. – 21 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related