Kes tembak KLIA: Luka jahitan sudah sembuh tapi isteri bimbang perut suami ada benjolan keras

Disebabkan itu, doktor menasihati Muhammad Nur Hadith supaya memakai bengkung untuk melihat sama ada benjolan tersebut menyusut atau sebaliknya

5:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 14 April lalu, Muhammad Nur Hadith Zaini, 38, sudah dibenarkan pulang ke rumahnya.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, ketika dihubungi hari ini dan menjelaskan luka pada jahitan di bahagian perut suaminya semakin pulih.

Bagaimanapun, katanya, dia bimbang dengan keadaan perut suaminya yang mula membuncit seolah-olah ada ‘objek’ mengeras di dalamnya.

“Alhamdulillah luka untuk 32 jahitan itu semakin okay cuma di bahagian perut suami macam ada benjolan (membuncit) dan mengeras.

“Disebabkan itu, doktor menasihatkan suami supaya memakai bengkung untuk tengok sama ada benjolan itu menyusut atau tidak,” katanya.

Ceritanya lagi, suaminya tidak mengadu sakit di bahagian perut akibat benjolan itu cuma berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut.

“Suami kata tak sakit, hanya tak selesa dengan benjolan itu. Tapi doktor beritahu kalau sakit, boleh terus pergi ke hospital.

“Disebabkan itu, suami masih tidak boleh melakukan kerja-kerja berat selain cepat penat. Kadang-kadang kakinya juga teramat sakit,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Noraida yang sedang hamil anak keempat berkata, berat badan suaminya juga susut 30 kilogram (kg).

“Sekarang berat badan suami susut 30kg kerana tiada selera makan. Bila makan dia cepat penat. Insiden (tembakan) itu banyak mengubah kehidupan suami.

“Saya mohon orang ramai agar mendoakan kesihatan suami saya. Doakan dia kuat dan sembuh daripada kesakitan dialaminya,” katanya yang memaklumkan suaminya akan menjalani rawatan susulan pada November depan.

Terdahulu, Scoop melaporkan Nur Hadith sudah mula sedar selepas menjalani pembedahan usus di Hospital Cyberjaya pada 16 April lalu.

Siti Noraida berkata, suaminya sudah tidak lagi bergantung dengan bantuan alat pernafasan tetapi masih kekal dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebelum ini, media melaporkan seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek, Hafizul Harawi, 38, dalam kejadian pada jam 1.30 pagi, 14 April lalu.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya sendiri yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di Balai Ketibaan KLIA.

Bagaimanapun, satu tembakan tersasar manakala satu lagi tembakan mengenai bahagian perut Muhammad Nur Hadith. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related