Wisma Putra ikuti perkembangan insiden helikopter dinaiki Raisi, akan kongsi maklumat terkini

Datuk Seri Mohamad Hasan turut mendoakan semua yang terlibat segera dijumpai dan berada dalam keadaan baik

10:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Wisma Putra akan berkongsi maklumat terkini insiden helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar, Dr Hossein Amirabdollahian yang dilaporkan mendarat cemas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia daripada lawatan di Asia Tengah mengikuti rapat perkembangan kes tersebut.

“Bagaimanapun setakat ini difahamkan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan biarpun berdepan cuaca buruk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut mendoakan semua yang terlibat segera dijumpai dan berada dalam keadaan baik.

“Semoga khabar menyenangkan menjengah tidak lama lagi. Sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan segera melalui laman media sosial rasmi Wisma Putra,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sebuah helikopter membawa Raisi, bersama sejumlah pegawai kanan dilaporkan terhempas di barat laut Iran, semalam.

Bagaimanapun, Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan setakat ini, belum ada maklumat lanjut berhubung sebarang kemalangan jiwa, kecederaan ataupun kerosakan dalam insiden berkenaan.

Raisi dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perasmian empangan di sempadan Iran-Azerbaijan, apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika mahu mendarat di wilayah Varzaqan.

Selain Raisi dan Amirabdollahian, beberapa pegawai lagi dipercayai turut berada dalam helikopter berkenaan termasuk Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati dan Imam Solat Jumaat di Tabriz, Hojjatoleslam Al Hashem. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-tahun-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related