KUALA LUMPUR – Semakin berani dan biadap walaupun masih kecil, malah ‘besar kepala’ di negara orang.
Itu sikap ditunjukkan kanak-kanak Rohingya dalam kejadian di beberapa lokasi yang dikongsikan dan diceritakan pengguna media sosial tempatan, sejak kebelakangan ini.
Terbaru, tular paparan menyaksikan seorang kanak-kanak daripada etnik itu, ‘menjerit’ dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada individu yang enggan memberikannya wang dalam kejadian dikatakan di Jalan Silang di sini.
“Di Jalan Silang ada budak Rohingya minta duit sedekah, orang tak bagi dia teriak balik kat orang itu,” menurut keterangan di video berdurasi 20 saat.
Selepas memarahi individu berkenaan, kanak-kanak itu terus berlalu pergi, dengan ‘mangsa’ mempertikaikan mengapa warga Rohingya berkenaan mahu memaksa dan marah apabila tidak diberi wang.
Rata-rata netizen bengang dengan sikap kurang ajar kanak-kanak itu dan mendakwa sememangnya kekasaran dilakukan golongan terbabit sering berlaku sejak dahulu.
Manakala, segelintir netizen mempersoalkan mengapa golongan ‘menumpang’ itu tidak dihantar balik?
Ada pula berpendapat kehadiran Rohingya memburukkan imej Malaysia, selain mengundang risiko bahaya terhadap keselamatan penduduk tempatan dan pelancong.
“Sudah kerap kita saksikan kelakuan biadap budak-budak Rohingya begini,” kata seorang pengguna.
“Orang macam ni yang merosakkan keamanan Malaysia, tak ada cara nak hantar balik ke?” tulis Sha.
“Bayangkan kita bukan orang Malaysia, datang Malaysia sebab nak bercuti, terserempak dengan Rohingya ni, taubat tak datang dah,” respons YSIK.
“Puak Rohingya ini sangat-sangat kurang ajar dan menjengkelkan, populasi pembiakan puak Rohingya ini (jika) tidak terkawal, bakal menjadi bom jangka yang membahayakan kepada Malaysia suatu hari nanti,” kata Ozy.
“Bila nak kutip dan halau kaum-kaum tak ada adab ini, pening kepala tengok dia orang melebih-lebih pula dari warganegara (Malaysia) sendiri,” ujar seorang individu dengan membuat pautan komennya ke akaun X @PDRMsia dan @KDNPUTRAJAYA.
Manakala, pada April lalu, tular video dikongsikan seorang pengguna Tik Tok menerusi akaun dinamakan umyrackerman, memaparkan seorang kanak-kanak Rohingya bertindak kasar untuk meminta wang.
“Budak Rohingya minta duit cara kasar,” menurut keterangan di video itu.
Rakaman berdurasi 16 saat di gedung menjual baju kurung itu, menunjukkan kanak-kanak terbabit seperti mahu memukul seorang wanita kerana individu berkenaan menyemburnya dengan air, selepas dia bertindak kasar dan memaksa ketika meminta sedekah.
Segelintir netizen yang memberikan komen di hantaran video itu berpuas hati dengan tindakan diambil wanita terbabit, memandangkan mereka mendakwa kanak-kanak Rohingya sememangnya biadap.
“Diaorang memang biadap, kat area (kawasan) KLCC duk (asyik) hulur-hulur Yasin, tak beli dia ludah, nasib baik budak, kalau tak memang makan penampar,” kata Adipati.
“Betul ada sekali rakan saya kena, meminta-minta wang, bila tak bagi kena maki, ludah,” cerita seorang individu.
Manakala, menerusi video dikongsikan seorang lagi pengguna TikTok, dia menceritakan kejadian dialaminya beberapa hari lalu yang menyaksikan kanak-kanak Rohingya menarik baju dan memaksanya untuk membeli Yasin, sehingga kes itu tular dan mengundang kemarahan ramai terhadap pelaku.
Wanita itu baru keluar dari sebuah premis menuju ke kereta, sebelum bajunya ditarik kanak-kanak terbabit yang berulang kali memintanya membeli barangan dijual.
Lebih melampau dan menyakitkan hati, apabila kanak-kanak itu sanggup berbaring dilantai sambil tersenyum dengan tangannya terus menarik baju wanita berkenaan.
“Budak macam inilah yang tarik-tarik baju aku paksa beli buku kecil Yasin RM5, trauma dah,” luah wanita itu.
Cerita wanita itu, selepas melepaskan bajunya, kanak-kanak terbabit tidak berputus asa apabila mengekorinya sehingga ke kereta.
Dia kemudian mengetuk cermin kenderaan wanita itu berulang kali.
Selepas wanita terbabit membuka sebahagian cermin dan menegur pelaku jangan mengetuknya kerana dia tidak suka diperlakukan seperti itu.
Kanak-kanak terbabit kemudian bertanya apa sedang dimakan wanita itu, sebelum diberi kek lapis.
Namun, kanak-kanak itu yang awalnya beredar, kembali ke kenderaan wanita terbabit dan meludah makanan berkenaan kerana mengatakannya tidak enak, sehingga menyebabkan netizen sakit hati.
“Dulu pernah kena approach (didekati) dengan budak begini, masa itu baru keluar kedai serbaneka dengan anak-anak, then (kemudian) dia minta aiskrim yang anak nombor tiga pegang, si kakak bagi aiskrim dia yang belum buka, dia buang ke lantai cakap ‘eh bodoh tak sedap’, terus I jalan laju-laju bawa anak masuk kereka,” kata Marcella.
“Menyampah betul dengan budak macam ni, dah lah pegang tingkap kereta orang, bila orang bagi makanan, pandai ya merungut kata makanan tak sedap, tak bersyukur,” ujar seorang netizen. – 19 Mei, 2024