Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram

Langkah-langkah itu termasuk meningkatkan rondaan dan pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelancong dan pengangkutan

8:23 AM MYT

 

SINGAPURA — Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) pada Sabtu berkata langkah-langkah itu termasuk meningkatkan rondaan dan pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelancong dan pengangkutan.

“Pelancong harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan kerana pemeriksaan yang diperketat dan mengambil kira masa tambahan yang diperlukan untuk urusan imigresen.

“Sama ada di Singapura atau melancong ke luar negara, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang individu atau aktiviti yang mencurigakan kepada polis dengan segera,” kata MHA dalam kenyataan.

MHA berkata kementerian dan Jabatan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri telah memantau perkembangan keselamatan global dan serantau dengan teliti, termasuk serangan di Johor pada Jumaat yang didakwa dilakukan oleh seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) juga telah berhubung dengan rakan sejawat mereka di Malaysia.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang manakala Koperal Mohd Hasif Roslan ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media hari ini berkata suspek berusia 21 tahun yang terbunuh dalam serangan itu dipercayai bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain malam ini menjelaskan bahawa kenyataan awal tentang suspek sebagai ahli JI adalah berdasarkan penglibatan bapanya dengan kumpulan pengganas tersebut.

“Suspek tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak mempunyai kaitan dengan JI. Dia tidak terlibat dalam keganasan,” kata Razarudin. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related