Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram bukan anggota JI, bapa ada dalam data PDRM

Walau bagaimanapun bapa suspek sudah menjalani program rehabilitasi dan deradikalisasi

9:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan terkini mendapati suspek yang bertindak menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi semalam bukan ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain merujuk kepada siasatan awal berpandukan kepada pengalaman bapa lelaki terbabit yang tersenarai dalam data Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan keanggotaan kumpulan berkenaan.

Walau bagaimanapun katanya, bapa suspek sudah menjalani program rehabilitasi dan deradikalisasi.

“Bapa dia ada dalam data kita (PDRM), sudah lama, mengikut ideologi itu (JI).

“Tetapi sudah diam (tidak lagi bergerak dalam JI) sejak 2016 bila dia menjalani rehabilitasi dan deradicalization (deradikalisasi),” katanya ketika dihubungi Scoop.

Menurut beliau, untuk itu polis masih lagi menyiasat motif suspek bertindak melakukan serangan tersebut.

Dalam sidang media pagi tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan polis mendapati suspek bertindak sendirian didorong motivasi dan kefahamannya sendiri.

Beliau turut menegaskan kegiatan kumpulan JI di negara adalah terkawal.

Terdahulu Razarudin memberitahu, kesemua tujuh individu yang direman tujuh hari sehingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan kes serangan itu adalah rakyat tempatan.

Ia sekali gus menafikan laporan awal media yang sebelum ini melaporkan seorang daripada tujuh individu itu adalah warga Singapura.

Dalam kejadian semalam, dua anggota polis maut manakala seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram.

Insiden pada kira-kira jam 2.30 pagi itu membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang, sebelum turut mati ditembak.

Dua anggota terkorban yang meninggal dunia di tempat kejadian berkenaan adalah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar yang bertugas di pejabat pertanyaan dan Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said, iaitu anggota prowler di balai polis berkenaan.

Ahmad Azza Fahmi ditetak di belakang leher dan kepala manakala Muhamad Syafiq ditembak di perut dan lengan.

Mangsa cedera adalah anggota Unit Cegah Jenayah (RCJ), Koperal Mohd Hasif Roslan yang kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor akibat ditetak di bahu serta pinggul kiri dan dilaporkan stabil. – 18 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Ibu Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah untuk rekod pengakuan: Polis

Ibu kepada Zayyan Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf dibawa ke mahkamah untuk direkod pengakuan di bawah Akta Keterangan 1950.

Related