Ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel: Polis tahan seorang lelaki di Kamunting, Perak

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan dan polis turut merampas telefon bimbit miliknya yang ada kaitan dengan komen ugutan berkenaan

5:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki dipercayai memuat naik ugutan bunuh terhadap ibu bapa kepada pelakon, Naim Daniel di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan di Kamunting, Perak dan polis turut merampas telefon bimbit miliknya yang ada kaitan dengan komen ugutan berkenaan.

Menurut beliau, ia susulan aduan diterima daripada selebriti terbabit berhubung perkara itu, Rabu lalu.

“Menurut laporan, ketika pengadu berada di kediamannya kira-kira jam 9.50 malam, 15 Mei lalu, dia dipercayai menerima satu ugutan jenayah daripada individu tidak dikenali di laman media sosial.

“Susulan itu polis membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 24 tahun di Kamunting, Perak, kira-kira jam 6 petang semalam untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Malik berkata, suspek direman selama empat hari sehingga 21 Mei ini.

Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Ia akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, polis sedang mengesan suspek yang menghantar komen berbaut ugutan bunuh terhadap ibu bapa kepada selebriti berkenaan.

Naim membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Lenggeng, Negeri Sembilan.

Baru-baru ini Scoop melaporkan, tindakan Naim Daniel cuba mempertahan sebahagian rakan selebriti yang tersenarai dalam Gerakan Blockout 2024 oleh netizen Malaysia membawa padah.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di platform X, Naim melepaskan geram dengan mempersoal tindakan netizen yang dilihat menggunakan tiket untuk memboikot golongan selebriti atas nama agama.

Ciapan Naim itu meraih 540,000 tontonan dan mendapat 4,900 tanda suka sebelum ia dibuang oleh penyanyi dan pelakon versatile tersebut kerana dihujani komen berbaur kecaman dan teguran. – 18 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related