Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN, Kumar lawat mangsa cedera, beri sokongan moral

Perkembangan anggota dari Unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) itu, disahkan menerusi kenyataan di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mangsa cedera dalam kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Koperal Mohd Hasif Roslan kini dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.

Perkembangan anggota dari Unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) itu, disahkan menerusi kenyataan di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police).

Kenyataan itu turut berkongsi foto dan keterangan mengenai Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar meluangkan masa melawat mangsa.

“Ketua Polis Negara mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota polis cedera dalam tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram di HSI hari ini.

“Tan Sri Razarudin yang diiringi Komisioner M Kumar berkesempatan memberikan sokongan moral kepada Koperal Mohd Hasif Roslan kerana mengalami kecederaan dalam kejadian terbabit, dengan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Afandi Senin; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, SAC Hoo Chuan Huat dan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

Menerusi video itu, dipaparkan Razarudin dan Kumar berbual dengan Hasif, selain melihat luka kecederaan dialami mangsa.

Beliau juga dilihat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera untuk Hasif, selain berbual dengan pegawai perubatan.

Manakala, di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin dan mesra ditunjukkan Razarudin serta Kumar dalam menyantuni anggota ditimpa musibah.

Razarudin juga dipuji kerana tidak terlalu mengikut protokol dan bersahaja ketika berbual dengan mangsa.

Mereka menyifatkan ciri kepimpinan ditunjukkan kedua-dua pegawai atasan polis itu meningkatkan lagi nilai baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat.

Negara dikejutkan dengan kejadian dua anggota polis maut, manakala seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Razarudin Husain kepada media.

Menurutnya, insiden pada kira-kira jam 2.30 pagi itu, membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang.

Suspek, katanya, turut dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian.

Hasif adalah seorang daripada tiga anggota polis sedang bertugas di Balai Polis Ulu Tiram ketika ia diserang seorang individu.

Bagaimanapun, dua mangsa, Ahmad Azza Fahmi Azhar yang bertugas di pejabat pertanyaan dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, iaitu anggota prowler meninggal dunia di tempat kejadian.

Ahmad Azza Fahmi ditetak di belakang leher dan kepala, manakala Muhamad Syafiq ditembak di perut dan lengan.

Setakat ini, lima individu berusia dari 19 hingga 62 tahun terdiri daripada ahli keluarga suspek dan dua orang awam yang juga pelajar institusi pengajian tinggi ditahan. – 17 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

Related